spot_img

Dikompaun RM62K, Penganjur Himpunan Haram Merayu Bantuan Wargamaya

- Advertisement -

PENGANJUR himpunan haram pada 19 Ogos 2021 lalu merayu sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

- Advertisement -

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang” tambah SSR.

- Advertisement -

Kelmarin, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung.

- Advertisement -

Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kecederaan fizikal setelah lima anggota polis mengheretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Reaksi wargamaya

“Dari bayar kat korang.. Baik bagi sedekah kat golongan asnaf.. masjid ke pusat tahfiz.. atau mereka yg kehilangan kerja..”

“Knape mtak dgn kami? mtak la dgn yg suruh ko org berhimpun tu suruh la die org bayar”

“Kalau saya ada duitpun, saya nak beri anak2 saya makan. Segala mcm bil saya nak bayar. Itu lagi “wajib”. Sedekah dan nafkah saya kepada yg Allah dah amanahkan. Rasa berdosa jika duit saya ni, saya beri ke tempat yang salah. Saya dan anak2 bertahun duduk rumah, ambil vaksin, usaha kerja dari rumah, demi menjauhi wabak tetapi kamu semua berhimpun. Macamana tu…, fikir logik la…maaflah, x dapat bantu.”

“Yg ni lucu.. mcm aku bwk moto xpkai helmet n kne saman.. pastu aku jpa membe aku si abu, “ko byaukan saman aku k.. jgn lupa tapaukan kepci utk aku”

“Sy pun merayu pada netizen nk tukar spotrim 20′.. yelah.. nk pakai duit sendiri rse membazir pulak zaman2 cobid ni.. try test cube nk pkai duit netizen.. kot2 leh collect skali dgn duit jamin die ni.. xkn xde lebih”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL