spot_img

Doktor Jelaskan Dakwaan Ahli Bekam Darah Berubah Ikut Jenama Vaksin

- Advertisement -

TULAR baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook memuat naik satu kenyataan di mana beliau menyatakan bahawa darah seseorang akan bertukar warna mengikut vaksin yang diambil.

Beliau yang juga seorang ahli bekam mendakwa bahawa berlaku, “Perubahan keadaan warna darah mengikut jenama vaksin.” Perkara itu dibuktikan selepas beberapa minit individu yang divaksinasi itu di bekam.

Di dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang mengambil vaksin jenama Sinovac, darahnya bertukar seperti nanah. Manakala mereka yang mengambil jenama Pfizer pula darahnya bertukar seperti air kencing.

- Advertisement -

Hantaran tersebut tular selepas dimuat naik oleh warganet di laman Instagram dan Twitter. Ia juga mendapat perhatian para petugas barisan hadapan.

Seorang doktor, Khairul Hafidz, dalam satu ciapannya menjawab mengapa warna darah itu bertukar seperti yang didakwa oleh lelaki terbabit.

- Advertisement -

“Begini, whole blood kita terdiri daripada 4 komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah. Biasa sahaja terjadi begitu kita nampak cair kerana plasma dah terpisah daripada whole blood ini tadi. Bukan sebab vaksin. Lagi satu, kenapa kena bekam lepas vaksin?” Katanya.

Doktor Latif Saad pula di dalam hantarannya di laman Facebook menyatakan bahawa darah terdiri kepada dua bahagian iaitu plasma dan darah.

“Selalunya kalau kita ambil darah dan campur dalam tabung uji, darah itu akan mendap dan menghasilkan bahagian plasma dibahagian atas yg selalunya berwarna kuning seperti ‘Air kencing’ dan juga bahagian bawah berwarna merah iaitu mempunyai sel darah merah.”

- Advertisement -

“Terkadang jika terlampau banyak lemak di dalam darah, ia akan menjadikan plasma itu berwarna kuning seperti nanah. Sebenarnya warna kuning itu adalah lemak. Selalunya staff lab akan describe ia sebagai lipaemic sampel disebabkan terlalu banyak lemak,” katanya.

Tambah beliau lagi, sampel darah yang dipaparkan selepas bekam itu adalah sampel darah yang normal dan bukannya disebabkan vaksin. Jika seseorang yang tidak divaksin pun akan menghasilkan darah yang sama seperti mereka yang sudah divaksin.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL