spot_img

Ibu Syamel Ditidurkan, Meninggal Dunia

- Advertisement -

BARU-BARU ini, dilaporkan ibu seorang penyanyi popular iaitu telah pun meninggal dunia. Dukacita dimaklumkan, ibu kepada Syamel iaitu, Wan Faaizah Karim 55 tahun, telah pun meninggal dunia disebuah pusat perubatan swasta pada jam 10.09 malam.

Menurut Syamel, ibunya telah di”tidurkan” lebih kurang 2 bulan bagi membantu menyelamatkan ibunya akan tetapi beliau redha dengan ujian yang diberikan.

- Advertisement -

Menurut Syamel, dia memuat satu paparan ringkas di Instagram, dengan memaklumkan akan kejadian itu. Disamping itu, dia juga memohon keampunan daripada Allah dan berharap ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana.

- Advertisement -

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umi ku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.

Bagaimanapun Syamel redha dengan ketentuan Allah dan memohon kepada orang ramai agar mendoakan ibunya supaya dipermudahkan urusannya di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej Terakhir Pesakit Covid Di Facebook Buat Warga Maya Sebak

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Berenggang Seumur Hidup, Kerana Covid-19 ‘Kakak’ Terpaksa Iringi Ibu Ke Liang Lahad

Terdahulu Syamel mengaku bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya apabila terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen di dalam badan. Dilaporkan juga, ibu Syamel telah dimasukkan ke hospital sejak pertengahan Julai 2021 akibat masalah kesihatan.

Dalam masa sama, Syamel juga menafikan bahawa ibunya tidak dijangkiti Covid-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini merupakan  kali pertama beliau dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya.

Bukan itu sahaja, ramai artis lain turut membanjiri komen di Instagram beliau dengan ucapan salam takziah diatas pemergian ibunya.

Dalam pada itu, Syamel juga menyelitkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana telah mendoakan kesihatan ibunya sebelum ini yang telah dilaporkan koma.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL