spot_img

Taufik Hidayat Dedah Cubaan Rasuah RM117K Oleh Pegawai Malaysia Untuk Tewas Kepada Lee Chong Wei

- Advertisement -

TAUFIK HIDAYAT, jaguh badminton Indonesia membuat pendedahan mengejut apabila mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan sejumlah wang pada Sukan Asia Doha 2006 oleh seorang pegawai pasukan Malaysia untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir ketika bertemu Lee Chong Wei.

Perkara ini dinyatakan oleh Taufik kepada Raffi Ahmad, yang kemudian dimuat naik ke saluran YouTube Rasmi TV TRANS pada Sabtu lalu. Taufik mendakwa bahawa dia ditawarkan 400 juta rupiah (RM117,000), oleh seorang pegawai pasukan Malaysia untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir Sukan Asia Doha 2006 itu.

“Seorang pengurus datang dan meminta nombor telefon, kami akhirnya bertemu. Ketika ditanya mengapa, dia berkata ‘bisakah kamu kalah dengan Lee Chong Wei?’ Itu sahaja,” kata Taufik.

- Advertisement -

“Dia bertanya berapa banyak bonus untuk Indonesia jika dia menang, dia bilang dia mahu menggandakannya, akhirnya aku mulai beremosi. Lalu aku berkata ‘bagaimana jika dia kalah, aku bayar?'” Kata pemenang pingat emas Olimpik Athen itu.

“Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu,” katanya.

- Advertisement -

Melalui laporan media tempatan, difahamkan bahawa Chong Wei terkejut dengan pendedahan tersebut dan beliau sudah pun menghubungi Taufik. Chong Wei berkata bahawa dia bersyukur bahawa Taufik mendahulukan maruah negara berbanding wang ringgit.

Memetik laporan NST, difahamkan bahawa Chong Wei tidak berhasrat menamakan dan memalukan individu yang didakwa cuba mempengaruhi perlawanan antara dia dan Taufik itu. “Saya percaya kita semua harus ke hadapan. Saya tidak mahu menamakan atau memalukan sesiapa,” katanya.

Rakaman temubual bersama Taufik mengenai pendedahan cubaan rasuah.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

“kalau tak ditangkap, sampai kesudah benda ni merebak, ianya umpama virus, kalau dilepaskan akan membiak keakar umbi.. mohon siasat.”

“bookie dan Malaysia berpisah tiada. Ahli politik katak pun ramai yg rasuah di Msia. boleh lompat kem berkali2 jika di bayar mahal.”

“Dlm dunia ni hanya Malaysia je yg segala bentuk termasuk sukan mesti di bawah kuasa org politik . Walau pun individu politik tersebut tak pandai atau tak pernah pun terlibat dlm sukan tersebut. Benda ni dah sejak sedekad yg lalu sudah di amal kan. Kenapa ya? Terpikir juga kenapa politicians mesti control sports di Malaysia. Pada hal tendang bola pun tak tau. Bila politicians dah ada dlm sukan sudah tentu rasuah akan berlaku seperti yg di luar bidang sukan. Rasuah kan dah menjadi perkara biasa tanpa rasa berdosa pada mereka2 org2 politik. Pasti berlaku . Tak byk sikit pun pasti ada. Bohong lah kalo tak da.”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL