spot_img

Berhenti Kerja Sebagai Pegawai Kewangan Dan Menjadi Usahawan Cendawan Tiram Yang Berjaya

- Advertisement -

CENDAWAN tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu jenis kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya dia tumbuh di Asia Tenggara sejak zaman dahulu lagi.

Perusahaan cendawan di Malaysia mula mendapat tempat dimata-mata anak muda untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan kerana cara tanamannya yang sungguh mudah seperti menggunakan habuk kayu getah terpakai sahaja sudah boleh menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.

Terdapat banyak kursus-kursus cendawan tiram yang disediakan oleh jabatan pertanian negeri, namun ramai juga syarikat swasta yang tumbuh seperti cendawan pada masa kini juga giat menawarkan kursus tanaman cendawan tiram ini. Ia sebenarnya membuka peluang-peluang yang besar kepada golongan yang berminat untuk memulakan langkah dalam perusahaan cendawan tiram.

- Advertisement -

Siapa sangka dengan menanam cendawan sahaja mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Seperti seorang anak jati dari Batu Berendam Melaka ini dikatakan sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pegawai kewangan di Perbadanan Bioteknologi Melaka untuk menceburi bidang berkenaan kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian.

Menurutnya lagi, segala-galanya bermula pada tahun 2009 apabila beliau memulakan langkah perusahaan cendawannya secara berperingkat dengan menyewa sebuah tanah di kampung Kandang dengan kadar sewaan RM120 sebulan dan kemudiannya berpindah pula ke tanah yang lebih luas iaitu di Melaka Pindah dengan kadar sewaan sebanyak RM 1000 sebulan.

- Advertisement -

Beliau yang juga Pengarah Urusan Sinar Syukramie Enterprise itu juga berkata, sebenarnya perniagaan cendawan tiram ini sangat mudah diusahakan dan tidak memerlukan ruang yang besar dan beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perusahaan yang beliau dijalankan berjaya sehinggalah mampu menubuhkan sebuah syarikat perniagaan katanya. Bahkan bukan itu sahaja, beliau juga tidak pernah jemu menambah ilmu agar pertanian yang diusahakan itu membuahkan hasil serta dapat dipasarkan di pasaran tempatan.

” Berkat kesabaran lebih 2 tahun menyewa akhirnya, berbaloi selepas saya dipilih sebagai Pemenang Anugerah Jaya Rural Business Challenge ( RBC) 2013 anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan memperolehi geran bernilai Rm750,000″. 

Beliau juga menambah, dengan geran itulah dia memberanikan diri untuk membeli tanah seluas 1.6 hektar di Gadek, Alor Gajah dan seterusnya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya di perbadanan itu.

- Advertisement -

Jelasnya juga, sebenarnya perusahaan cendawan tiram kelabu ini sememangnya mempunyai potensi yang tinggi kerana ia tergolong dalam sayuran organik dan cuma mengambil masa selama kira-kira sebulan untuk menuai hasilnya.

Bahkan, apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dilalui, beliau mula mengambil lagi satu langkah inisiatif dengan menyediakan satu bilik latihan khas di kawasan berkenaan selain rumah cendawan bagi memberikan peluang kepada orang ramai yang berminat menceburi dalam bidang tersebut dan ianya sentiasa terbuka kepada orang luar.

“Bukan sahaja mengusahakan tanaman cendawan, saya juga sering berkongsi ilmu dengan mereka yang meminati tanaman cendawan ini. Malah, pernah juga pelajar dari negara China datang ke tempat saya untuk membuat latihan disini, selain kakitangan agensi kerajaan juga dihantar untuk menimba pengalaman di tempat saya.”

Ekoran dari pandemik Covid19 yang melanda, perusahaan beliau juga dikatakan turut terjejas dan terkesan akibat permintaan cendawan yang berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Jika sebelum ini secara purata, beliau mampu menjual cendawan sebanyak 50-80 Kilogram (KG), namun disebabkan Covid19 yang melanda serta Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) yang dijalankan, maka anggaran jualannya hanyalah sekitar 30 kg  dengan harga RM 12 untuk 1 Kg.

Walaupun demikian, sebagai seorang usahawan yang berpengalaman beliau perlu juga memastikan perniagaan yang dijalankan dapat bertahan dan beroperasi selama yang mungkin. Seperti sesetengah operasi, beliau juga mengambil langkah drastik bagi mengurangkan jumlah kakitangan pekerja di ladang dan seterusnya menambah perkhidmatan penghantaran terus jualan ke pelanggan sekitar Melaka termasuklah daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Dia turut memaklumkan ada menyediakan kelas-kelas untuk usahawan cendawan akan tetapi pada musim pandemik dia banyak menggunakan webinar sebagai salah satu cara untuk memberikan latihan kepada perusahaan cendawan.

“Dengan mengenakan yuran berpatutan sekurang-kurangnya ia dapat menampung kos tanaman dan paling penting usahawan perlu bersifat kreatif untuk menjana pendapatan sepanjang PKP ini.”

Bukan itu sahaja, dia mengakui setiap perniagaan yang dijalankan akan mengalami proses kerugian. Sama seperti beliau, dia juga mengalami kerugian lebih RM20,000 disebabkan bongkah cendawan yang rosak, namun itu bukanlah satu alasan untuk beliau berhenti dari mengusahakan cendawan bahkan dia terus bersemangat meneruskan perniagaan itu serta memberikan pengajaran yang berguna kepadanya untuk lebih berhati-hati di masa hadapan terutamanya dari segi pemantauan pekerja.

Selain cendawan tiram, beliau turut mengambil langkah dengan membuat penjualan bongkah cendawan yang berkualiti dengan harga Rm1.50 sehingga RM2.50 mengikut kematangan bongkah tersebut untuk dipasarkan di luar kawasan Melaka. Ia bukan sahaja membantu pengusaha yang baru berjinak dalam perusahaan cendawan malah ia juga mendatangkan hasil yang lumayan.

Selain terjejas dari segi penjualan, kekangan lain yang terpaksa beliau hadapi ekoran PKP yang dilaksanakan, secara tidak langsung memberi kesan kepada pendapatannya daru segi kekurangan bekalan habuk kayu getah, namun sehingga sekarang ia masih berada di bawah kawalan dan memastikan pertaniannya itu terus memberikan keuntungan kepadanya selain membantu masyarakat sekeliling.

Tambahnya lagi, dia juga memasang impian yang tinggi selari dengan sikapnya yang sentiasa berusaha gigih dan bersemangat walaupun pernah gagal, tetapi beliau ingin menjadikan tanah pertanian yang diusahakan sekarang ini menjadi salah satu agro pelancongan yang dilengkapi dengan bilik pameran pelbagai jenis cendawan yang ada di Malaysia serta kemudahan Chalet akan tercapai suatu hari nanti.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL