spot_img

Berjaya Kumpul RM92K, Penganjur Himpunan Haram Ucap Terima Kasih Kepada Wargamaya

- Advertisement -

SEBELUM ini penganjur himpunan haram pada 19 Ogos 2021 lalu merayu sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan.

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan.

Tabung berkenaan sebelum ini ditubuhkan bagi membantu membayar kompaun 31 peserta acara nyalaan lilin yang ditahan di Dataran Merdeka pada Khamis lalu.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan, SSR memaklumkan mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM92,800 daripada tabung berkenaan.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan di mana kami mendapat sumbangan sebanyak RM 92,800 di dalam masa yang cukup singkat iaitu hanya sehari.”

“Sumbangan ini melibatkan transaksi oleh 668 orang yang melibatkan jumlah purata sebanyak RM139, dan ramai juga yang turut menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.”

- Advertisement -

“Ini sekali gus menunjukkan bahawa tuntutan #Lawan didukung oleh setiap lapisan masyarakat di dalam usaha bersama menggerakkan proses pendemokrasian di Malaysia dan menjamin kelangsungan kehidupan rakyat biasa,” tambah kumpulan itu.

Pada 19 Ogos lalu, seramai 31 individu yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita ditahan di balai polis Dang Wangi.

- Advertisement -

Penganjur mendakwa pihak polis tidak mempedulikan tuntutan mereka untuk mengetahui kenapakah mereka ditangkap, dan sebaliknya mengheret sebahagian daripada peserta ke dalam kenderaan Black Maria untuk dibawa ke balai polis.

Para peserta juga mendakwa tidak diberitahu mengenai hak mereka dan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

“Laporan yang lebih terperinci perbelanjaan untuk himpunan #Lawan dan siri protes kami yang lain akan dikemukakan kepada umum dalam masa terdekat.”

“Kepercayaan rakyat kepada gerakan #Lawan akan kami peluk erat dalam setiap gerak kerja kami.”

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” katanya.

Sebelum itu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang” tambah SSR.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL