spot_img

Suami Datang Semula Ke Tempat Photoshoot Bersama Anak Yang Selamat Ketika Isteri Dilanggar Dan Meninggal Dunia

- Advertisement -

KEHILANGAN orang yang tersayang pastinya menjadi satu tragedi yang sangat menyedihkan dalam kehidupan kita. Apatah lagi kehilangan orang yang kita cintai semestinya ia bukanlah satu perkara yang mudah. Bahkan kita akan mengalami fasa kesedihan yang agak lama, tetapi walau bagaimanapun kita mestilah belajar untuk bertahan dan belajar menjadi lebih matang dan tenang kerana ada orang lain yang bergantung dengan kita terutamanya anak-anak.

Di media sosial sahaja, telah banyak cerita yang dipamerkan mengenai kehilangan orang tersayang terutamanya bagi seorang suami yang terpaksa berhadapan dengan kehilangan isteri disaat-saat dia tengah mengandung. Ini merupakan satu ujian yang sangat berat bagi seseorang yang bergelar lelaki kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga anak-anak yang ditinggalkan.

Perkara ini bukan sahaja terjadi di Malaysia malah seluruh dunia juga mengalaminya perkara yang sama. Seperti pasangan kekasih ini, difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, isterinya sedang sarat mengandung 8 bulan dan sempat membuat ‘photoshoot’ sebagai kenangan semasa proses kehamilan sebelum tibanya waktu kelahiran anak mereka.

- Advertisement -

Akan tetapi sesuatu kejadian yang buruk telah berlaku dimana isterinya, Yesenia telah mengalami kecederaan yang serius akibat daripada kemalangan yang berlaku.

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku akibat seorang pemandu yang mabuk telah melanggar isterinya dan menyebabkan isterinya meninggal dunia dan pada masa yang sama isterinya sedang sarat mengandung 8 bulan.

- Advertisement -

Walaubagaimanapun anak di dalam kandungan berjaya diselamatkan dan diberi nama sebagai Adalyn.

Dalam Ingatan – Yesenia

- Advertisement -

Tahun lepas, dia telah dilanggar oleh seorang pemandu di bawah pengaruh alkohol. Dia mengandung Adalyn 8 bulan. Adalyn berjaya diselamatkan dan ia satu keajaiban” 

Setahun kemudian, menurut Instagram Muaanncouncer, kelihatan seorang ayah telah kembali ke tempat dia dan isterinya mengambil gambar ‘photoshoot’ ketika isterinya mengandung 8 bulan bersama anaknya Adalyn yang pada ketika itu juga sedang menyambut tahun pertama kelahirannya.

Diperlihatkan juga gambar-gambar semasa ‘photoshoot’ bersama isterinya sebelum meninggal dunia dan gambar beliau bersama anaknya yang juga berbaju merah jambu yang sama persis seperti ibunya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL