spot_img

(Video) Percutian Keluarga Bertukar Seram

- Advertisement -

PERCUTIAN sekeluarga sememangnya akan memberikan pelbagai kenangan manis yang dikongsi bersama untuk menjadi ingatan dimasa hadapan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dan semestinya ia akan menjadi suatu saat pertemuan yang akan dikenang dalam sesebuah keluarga itu.

Akan tetapi, adakah anda akan meneruskan percutian anda sekiranya ia melibatkan identiti paranormal secara tidak sengaja ?

Benar atau tidak, itulah yang berlaku semasa percutian keluarga seorang pengguna TikTok yang bernama Azan di sebuah homestay yang telah mereka sewa di Melaka.

- Advertisement -

Dalam paparan video yang dikongsikan meraih tontonan sebanyak 208.9k tontonan itu,  secara tidak sengaja telah merakam satu identiti ataupun kelibat putih yang sedang berjalan secara mundar-mandir disebalik grill pintu rumah tersebut.

Berdasarkan video tersebut juga yang dimuatnaik dengan tajuk “Percutian Yang Mantap” menunjukkan seseorang telah mengambil video untuk acara penyampaian hadiah kepada pemenang di tepi kolam renang. Kelihatan pengacara yang sedang sibuk memberikan ucapan berjalan menyusuri kolam renang itu dan berhenti seketika di penjuru kolam dan secara tidak sengaja video yang dirakam telah menangkap satu gambaran identiti yang tidak dapat dipastikan seakan-akan sosok putih yang memakai pakaian menutupi kepala berwarna putih sedang berjalan secara mundar-mandir dibahagian kawasan pintu rumah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah yang berjalan pada ketika itu dan ianya terus menjadi tanda tanya yang penuh mistik.

Ikuti video penuh dibawah:

@azann9Percutian yang Mantap.. ##fyp ##fypシ ##fypage ##tiktokmalaysia🇲🇾 ##tiktokviral ##freshlahbodyperfume

♬ Horror Story – Movie Miracles

- Advertisement -

Bukan mereka sahaja yang dapat melihat akan sosok putih tersebut malah, para netizen yang menonton juga dapat melihat akan sosok putih tersebut.

Ada juga diantara penonton memberikan komen bahawa mereka juga mengalami perkara yang sama semasa menyewa di homestay yang dikatakan sebuah banglo di A Famosa.

- Advertisement -

Gelagat netizen sentiasa menghiburkan apabila memberikan komen berkenaan kualiti video yang dirakam bukan identiti yang dirakam.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL