spot_img

(Video) Tun Mahathir Buat Review Percuma, Pemuda Ini Jual Ikan Laga

- Advertisement -

BAGI sesetengah orang, haiwan peliharaan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seseorang kerana ia bukan sahaja sekadar hobi malah ia juga dapat mengubati hati yang terluka ataupun menjadi peneman ketika sunyi.

Ada juga diantara kita ya h berminat untuk memelihara ikan sebagai haiwan peliharaan dan ia jua dinamakan sebagai Animal Assistant Therapy.

Pada saat ini, ramai dikalangan kita berpusu-pusu mencari peluang pekerjaan mahupun perniagaan untuk menampung kos pendapatan harian bahkan ia juga boleh dijadikan sebagai contoh untuk terus berusaha walaupun dalam keadaan yang tidak menentu disebabkan oleh Covid19 yang melanda negara.

- Advertisement -

Inisiatif berniaga diatas talian menjadi pilihan bagi semua peniaga kerana ia adalah sistem bisnes yang sangat mudah pada zaman sekarang.

Seorang pemuda yang bernama Cheng Jia Yung telah mengambil satu langkah yang kreatif dengan menjual ikan laga di pasaran atas talian serta mendapat perhatian oleh bekas Perdana menteri ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cheng Jia Yung berkongsi kegembiraannya di Twitter miliknya dengan mengatakan pada awalnya beliau tidak percaya bahawa ikan laga yang dijualnya akan dibeli oleh Tun Mahathir akan tetapi menerusi perbualan Whatsapp didapati Tun Mahathir berminat untuk membeli ikan laganya dan akan menempatkan ikan laga tersebut di dalam pejabatnya sendiri.

- Advertisement -

Menerusi perbualan Whatsapp tersebut, difahamkan Tun Mahathir ingin membeli 6 ekor ikan laga dan perlulah dihantar ke alamat pejabat dimana beliau berkerja.

Walaupun sudah bersara dan sentiasa sibuk akan hal negara, Tun Mahathir juga sempat menasihatkan agar terus menyokong rakyat Malaysia yang sedang berniaga apatah lagi pada musim pandemik yang melanda negara.

- Advertisement -

Melalui ciapan di Twitternya juga, Cheng Jia Yung turut memuatnaik satu video ucapan daripada Tun Mahathir.

Video yang berdurasi 30 saat itu, menarik perhatian orang ramai yang menggunakan aplikasi Twitter malah Tun Mahathir juga telah memberikan “review” secara percuma kepada pemuda tersebut.

Kelihatan didalam video semasa perucapannya, Tun Mahathir turut memegang sehelai kertas yang difahami ditulis oleh pemilik akaun Twitter tersebut dan dipamerkan juga hasil ikan laga yang telah dibelinya.

Ikuti video penuh dibawah:

“Terima kasih kerana berjaya menternak ikan lawan ini, saya percaya benda ini boleh jadi bisnes yang besar pasal banyak orang yang berminat nak beli ikan lawan dan saya harap anda dapat kejayaan daripada bisnes ini”.

Dalam pada itu, Cheng Jia Yung berkata beliau sangat terharu dan mendoakan agar Tun Mahathir sentiasa panjang umur, sihat dan sentiasa gembira selalu. Beliau turut mengambil peluang untuk memberitahu kepada orang ramai sekiranya berminat dengan ikan yang dijual olehnya bolehlah berhubung terus melalui di Twitter cheng_jiayung.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL