spot_img

328 Kanak-kanak Di Sabah Dijangkiti Covid19 Dalam Masa Sehari

- Advertisement -

JIKA sebelum ini, Sabah berjaya mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi sehingga ke 3 angka akan tetapi beberapa hari yang lepas didapati peningkatan kes di Sabah sangat membimbangkan. Walaupun banyak usaha dari pihak keselamatan dan kesihatan bertungkus lumus berusaha untuk mengekang penularan jangkitan tersebut.

Hari ini, Sabah sekali lagi mencatatkan satu lagi rekod tertinggi dalam jumlah kes Covid-19 dengan jumlah 3,487 orang yang dijangkiti dalam tempoh masa 24 jam terakhir.

Dato’ Seri Masidi Manjun berkata, majoriti pesakit yang positif tersebut berusia diantara 18 tahun dan 59 tahun manakala lebih 300 lagi melibatkan kanak-kanak kecil dan juga bayi.

- Advertisement -

“Sebanyak 31 kes melibatkan bayi berusia kurang daripada satu tahun sementara 297 adalah kanak-kanak yang berusia diantara satu hingga lima tahun”.

- Advertisement -

Sementara itu, katanya juga, sampel ujian yang ditangguhkan masih menyumbang kepada jumlah kes yang tinggi hari ini, dengan 1,550, atau 44,5%, merangkumi kes yang didaftarkan dua atau tiga hari setelah keputusan ujian diperoleh.

294 kes lagi didaftarkan antara empat hingga lima hari lewat sementara 315 kes didaftarkan lewat lima hari, katanya.

Dia menambah bahawa dari 3487 kes hari ini, 2846 adalah penduduk tempatan sementara selebihnya adalah warga asing.

- Advertisement -

Masidi mengatakan Kota Kinabalu tetap menjadi penyumbang utama kes dengan 690 kes harian, diikuti oleh Penampang (450 kes), Sandakan (367 kes), Kinabatangan (249 kes) dan Tawau (215 kes).

Menurutnya juga, 1 kluster baru juga menyumbang kepada kenaikan kes iaitu Kluster Hamparan 2 di daerah Kinabatangan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL