spot_img

Adik Aming Yang Tular Dengan Nasihat “Masker” Meninggal Dunia, Perdana Menteri Ucap Salam Takziah

- Advertisement -

DIKHABARKAN bahawa, kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun yang bernama Muhammad Aming Salleh Abdullah yang sangat popular dengan perkongsian video berbentuk nasihat dilaman Facebook telah disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh ibunya Santi Sabri, 33 tahun, yang mengatakan bahawa anaknya Aming telah pun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Menurut ibunya, anaknya itu tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Dia juga memaklumkan anaknya sebelum ini berada dalam keadaan yang sihat dan sangat aktif tanpa mempunyai sebarang penyakit dan tidak dijangkiti Covid19.

- Advertisement -

“Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit. 

Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” katanya.

Terdahulu, adik Aming yang berasal daripada Tawau Sabah tular di media sosial kerana kepetahannya bercakap.

- Advertisement -

Berikutan musim pandemik yang melanda negara, dia turut memuat satu video nasihat mengenai pemakaian mask muka (masker) dan telah mendapat perhatian oleh Tan Sri Ismail Sabri semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 23 Januari 2021.

“Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari 2021.

Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana”.

- Advertisement -

Walaupun, ketika ini, selepas mendapat berita pemergian adik Aming Tan Sri Ismail Sabri yang juga menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Aming menerusi laman Facebooknya.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham adik Aming. Semoga tabah menghadapi ujian ini”.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL