Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ungkap Penyesalan Selepas Samakan Kemaluan Isteri Dengan Bau Ikan Masin, Pelakon Akui Rindu Anak
spot_img

Ungkap Penyesalan Selepas Samakan Kemaluan Isteri Dengan Bau Ikan Masin, Pelakon Akui Rindu Anak

- Advertisement -

PADA tahun 2019, kita dihebohkan dengan seorang artis kelahiran Indonesia iaitu Galih Ginanjar dengan menyamakan bahagian sulit bekas isterinya dengan ‘bau ikan masin’. 

Tidak berhenti disitu sahaja, hal itu juga mencetuskan kontroversi panas mengenai anaknya yang didakwa olehnya bukan anak kandungnya dengan pernyataan “Kalau mahu bertemu aku, test DNA dulu”. 

Umum mengetahui bahawa King Faaz Arafiq merupakan anak hasil daripada perkahwinan Galih Ginanjar bersama bekas isterinya Fairuz A Rafiq.

- Advertisement -

“Saya pernah mengeluarkan statement kalau ingin berjumpa dengan saya, saya perlu test DNA. Itu adalah hal yang sebenarnya tidak boleh diucapkan saat itu”, ucap Galih Ginanjar. 

Susulan daripada kejadian itu, dia amat menyesali kerana pernyataan itu seakan-akan memisahkan perhubungan diantara seorang anak kepada seorang ayah.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, akibat daripada provokasi yang berlaku diantara dia dengan isterinya, maka dia telah pun mengucap satu pernyataan yang tidak harus diucapkan pada saat itu.

“Ucapan itu sampai sekarang saya sesali. Sebenarnya, tidak perlu bercakap sedemikian kerana semasa Fairuz hamil, saya ada bersamanya”. 

Menurutnya juga, sehingga hari ini dia amat menyesal dan merindui akan anaknya tetapi berasa malu takut sekiranya anaknya menolak untuk bertemu dengannya.

- Advertisement -

“Pasti masa perkembangan anak pada umur 3 hingga 10 tahun kerana pada masa itu lingkungannya berada dirumah, selepas itu SMP, SMA, kuliah, jadi dia sudah mempunyai banyak kegiatan diluar, apa lagi sekiranya dia bernikah, jadi pada waktu-waktu penting itu, saya tidak ada dengannya, sebab itulah saya menyesal. 

Kenapa menyesal ? Kerana pada masa itu sya ego dan telah mengeluarkan kata-kata yang membuatkannya sakit hati dan akhirnya mereka menjauh”. 

Walaupun bagaimanapun dia akan berusaha untuk menangani masalah tersebut demi berjumpa dengan anak kesayangannya.

Dia juga mengatakan tidak akan merebut hak penjagaan anak yang telah diberikan kepada bekas isterinya akan tetapi mengharapkan bekas isterinya memberikan kebenaran untuk bertemu dengan anaknya.

“Sejak awal lagi, saya tidak pernah mahu merebut hak penjagaan (anak-anak). 

Saya cuma berharap agar dapat bertemu mereka. Tetapi biarlah dengan keizinan dan persetujuan bersama”. 

Beliau juga memberitahu bahawa sehingga hari ini beliau masih tidak dapat berhubung dengan anaknya selepas keluar daripada penjara.

Bahkan rata-rata netizen disana juga dikata memberi respon yang negatif susulan tindakannya itu tetapi pelakon Sinetron Anak Cucu Adam ini berkata, beliau sangat merindui anaknya sehingga menitiskan airmata. Ia bukanlah dibuat secara lakonan tetapi ianya datang betul-betul dari hati kerana terlalu rindu pada anak tetapi. Beliau juga menambah, kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dia menerima dengan hati yang terbuka kerana perbuatan tersebut salah.

Terdahulu, Galih ditahan dan dihukum penjara selama 2 tahun 4 bulan selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menghina dan mengaibkan bekas isterinya Fairuz didalam satu wawancara yang disiarkan di YouTube. Akan tetapi beliau telah dibebaskan dengan awal secara bersyarat sekitar December tahun lalu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL