spot_img

(Video) Abang Takaful Datang Lagi, Kali Ini Buat Wajah Potret TokTi Dengan 791 Kiub Rubik

- Advertisement -

INGAT lagi tak dengan Abang Takaful tempoh hari yang buat potret wajah Shuib dengan arwah isterinya Siti Sarah ?

Kali ini selepas penyanyi nombor 1 Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza memberi komen di video beliau sebelum ini, dia membalas komen tersebut dengan menghasilkan wajah potret Dato’ Siti Nurhaliza pula.

Beliau juga menerangkan bahawa beliau menghasilkan potret wajah TokTi yang diambil dari sumber Google sahaja dan beliau berjaya menghasilkan wajah tersebut 100% sama dengan gambar asal.

- Advertisement -

Seperti yang kita tahu, permainan kiub rubik ini memerlukan kebijaksanaan yang tinggi untuk menyusun rubik tersebut mengikut warna-warnanya. Apatah lagi, untuk menghasilkan sesuatu potret wajah itu bukanlah perkara yang mudah.

Bagi orang kebiasaan berkemungkinan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan permainan tersebut. Namun difahamkan pemuda yang bernama Zabli Ab Hadi ini hanya memerlukan 3 hingga 4 jam sahaja untuk menghasilkan wajah potret TokTi.

Bukan itu sahaja, apa yang menakjubkan kali ini, beliau juga dikatakan menggunakan sebanyak 791 buah kiub rubik dalam penghasilan wajah penyanyi kesayangan kita ini yang sebelum ini beliau hanya menggunakan lebih kurang 400 buah kiub rubik untuk menghasilkan potret wajah Shuib dengan isterinya.

- Advertisement -

Malah ada juga penonton yang mengakui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia sendiri mahu siapkan 1 kiub rubik juga memerlukan masa yang agak lama.

Sebenarnya, permainan ini telah pun banyak dipertontonkan di luar negara dan mereka juga menggunakan cara yang sama iaitu menggunakan kiub rubik untuk menghasilkan wajah potret seseorang. Tapi bila adanya anak Malaysia yang sama berbakat seperti orang luar sudah pasti ia menjadi kebanggaan buat negara kita.

- Advertisement -

Malah netizen juga memuji hasil seni Zabli ini dengan mengatakan Malaysia boleh !

Tonton video penuh dibawah:

@abam.takafulKita Buat Gambar CTDK

♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Video tersebut juga telah mendapat sambutan hangat dimana ia telah mencapai lebih kurang 1.3 juta penonton dalam beberapa hari ia dimuat naik.

Apa-apapun kita ucapkan tahniah kepada Abang Takaful ini kerana berjaya membawa keluar bakat-bakat yang terpendam.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL