spot_img

779 Guru Bukan Tolak Vaksin Tetapi Ada Masalah Kesihatan

- Advertisement -

SUSULAN daripada berita yang tular dimana seramai 779 guru yang menolak vaksin telah mendapat perhatian daripada Tunku  Mahkota Johor ( TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan susulan daripada  pertemuan tersebut didapati seramai 383 orang guru menangguhkan temujanji vaksin mereka kerana kehamilan, alahan dan masalah kesihatan yang lain yang tidak mengizinkan.

779 Guru Bukan Tolak Vaksin Tetapi Ada Masalah Kesihatan

- Advertisement -

ARTIKEL BERKAITAN: 779 Guru Di Johor Menolak Vaksin, TMJ Akan Berjumpa Dengan Mereka

Sementara itu, 396 yang lain pula mengakui meragui mengenai vaksin tersebut.

Beliau memuatnaik pernyataan itu di Facebook rasminya. Bagaimanapun menurutnya juga ada segelintir guru tersebut kini bersetuju untuk mendaftar dan mengambil vaksin.

- Advertisement -

Difahamkan juga sesi perjumpaan TMJ bersama guru- guru tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Johor (secara maya) dan Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed, Timbalan Mufti Johor.

Dalam pada itu, TMJ juga memaklumkan telah berkongsi info mengenai program vaksinasi serta status pandemik di negeri Johor.

- Advertisement -

Malah, beliau juga berharap agar guru – guru dapat mengambil vaksinasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung wabak Covid19 serta dapat memastikan keselamatan para pelajar terjamin serta dapat hidup seperti sedia kala. Beliau juga menegaskan agar tidak sesekali terjebak dengan maklumat yang tidak sahih mengenai vaksin.

“Saya berharap guru-guru ini sedar tanggungjawab mereka untuk sentiasa mengetengahkan pembangunan modal insan dengan menjadi teladan yang baik dan berharap mereka akan mengambil vaksin sebelum sekolah dibuka semula demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.”

Terdahulu, seramai 779 guru dilaporkan menolak untuk mengambil vaksin. Hal itu telah diketahui oleh TMJ dan beliau mengambil keputusan untuk bersemuka dengan kesemua guru-guru terbabit bagi membincangkan masalah mengenai penolakan vaksin.

Turut difahamkan sesi perbincangan tersebut dijalan di Bangunan Sultan Ibrahim pada hari ini.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL