spot_img

Kes Berprofil Tinggi, Polis Serkup Kepala ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ Guna Beg Plastik Sehingga ᴍᴀᴛɪ

- Advertisement -

KECOH di media sosial apabila kes berprofil tinggi di Thailand telah menggemparkan seluruh media. Apa tidaknya, kes ini dilakukan oleh beberapa orang yang berjawatan sebagai polis telah dirakam dalam satu kamera litar tertutup (CCTV), telah ᴍᴇɴʏᴇᴋꜱᴀ ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ yang juga pengedar ᴅᴀᴅᴀʜ sehingga ᴍᴀᴛɪ.

Menurut sumber, Kolonel Thitisan Utthanaphon ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ telah ᴍᴇɴʏᴇᴋꜱᴀ dan cuba memeras ugut sejumlah wang daripada seorang ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ pengedar ᴅᴀᴅᴀʜ semasa dalam tahanan pihak polis.

- Advertisement -

Semasa kejadian, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ tersebut ᴍᴀᴛɪ di tempat kejadian akibat sesak nafas selepas kepalanya disarung dengan beberapa keping beg plastik semasa ditahan pada 5 Ogos lalu dan tangannya pula dalam keadaan bergari di bahagian belakang badan.

Pihak polis yang terlibat dikatakan cuba untuk memeras ugut wang tunai dengan membungkus sekurang-kurangnya lima beg plastik di sekitar kepala lelaki tersebut dan mengetuk tangannya serta berulang kali menggoncangkan tubuhnya.

- Advertisement -

Klip video tersebut menjadi sangat sensasi di Thailand sehingga membuatkan Perdana Menteri Chan o-cha memerintahkan polis agar menyiasat ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ tersebut.

Rakaman kamera CCTV menunjukkan dia telah ᴅɪꜱᴇᴋꜱᴀ oleh beberapa orang anggota polis ketika mereka berusaha untuk meminta wang bagi pembebasannya telah disebarkan di internet selepas dibocorkan oleh seorang polis junior.

Difahamkan juga pegawai polis junior di stesen tersebut telah membocorkan rakaman CCTV tersebut kepada seorang peguam yang secara terbukanya menuntut agar polis yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

- Advertisement -

Kolonel Thitisan Utthanapon yang juga Ketua balai tersebut juga dipanggil sebagai “Joe Ferrari” oleh rakan-rakannya dikatakan menghilangkan diri selama tiga hari selepas kejadian tersebut. Kemudian pada hari Selasa yang lalu, apabila video klip tersebut tersebar luas, Ketua Polis DiRaja Thailand, Jeneral Suwat Chaengyodsuk telah mengarahkan Pol Jeneral Noppasin Phoonsawat untuk mengesan kedudukan Joe Ferrari pada ketika itu.

Berikutan arahan pengesanan Joe Ferrari pada hari Rabu lepas, mereka tidak menjumpai Joe Ferrari di rumahnya selepas bertindak membuat serbuan di kediamannya. Namun, satu penemuan dahsyat telah dijumpai iaitu, semasa serbuan dijalankan, mereka telah menjumpai hampir 30 buah kereta mewah terdiri daripada Ferrari, Porche, Lamborghini, Bentley dan Mercedes-Benz.

Dianggarkan, nilai keseluruhan kereta-kereta mewah tersebut melebihi ฿100 juta Baht (RM12.8 juta), manakala rumahnya pula dianggarkan bernilai ฿60 juta Baht (RM7.7 juta).

Walaubagaimanapun, pada petang Khamis semalam, difahamkan bahawa pihak polis mengesahkan bahawa akhirnya Joe Ferrari telah pun menyerahkan diri dan ditangkap di wilayah Chon Buri di tenggara ibu negara Thailand.

“Kami akan menunjukkan kepada masyarakat bahawa kami tidak akan melindungi sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Setiap orang akan diperlakukan sama di bawah sistem perundangan. Organisasi polis mesti wujud dengan kepercayaan orang,” kata Ketua Polis Thailand, Suwat Jangyodsuk.

Difahamkan juga, empat pegawai lain yang turut terlibat dalam kejadian tersebut juga turut ditangkap.

Namun, semasa sidang media berlangsung, Joe Ferrari telah mengambil kesempatan menjawab pertanyaan dari media dan menafikan bahawa dia tidak memeras ugut wang semasa kejadian tersebut berlaku.

“Saya tidak berniat ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜɴʏᴀ. Itu adalah ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.

“Ini tidak berkaitan dengan meminta memeras ugut wang. Saya menggunakan beg plastik hitam kerana saya tidak mahu dia melihat saya tetapi dia merobek beg plastik itu sehingga saya terpaksa mengikat tangannya di belakangnya.”

Bagaimanapun, Joe Ferrari juga mengakui kesalahannya kepada pihak media dengan menyatakan bahawa apa yang telah dia lakukan itu adalah salah.

Terdahulu, seorang lelaki yang berusia 24 tahun itu telah ditahan bersama dengan teman wanitanya kerana ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ menjual ᴍᴇᴛʜᴀᴍᴘʜᴇᴛᴀᴍɪɴᴇ di Nakhon Sawan, timur laut Thailand pada 5 Ogos lalu.

Namun, Polis Thailand ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ ᴍᴇɴʏᴇᴋꜱᴀ ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ pengedar ᴅᴀᴅᴀʜ tersebut sehingga ᴍᴀᴛɪ dengan cara melemaskannya menggunakan beg plastik yang dipakaikan di kepalanya sebagai usaha untuk meminta wang rasuah sebanyak 44,000 (RM 253685.83) lagi selepas menerima suapan pertama yang ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ atas arahan Ketua balai tersebut.

Bagaimanapun, ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia pada keesokan harinya di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ dan telah memfailkan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ sebagai ‘overdose ᴅᴀᴅᴀʜ’ serta membebaskan teman wanita ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ dengan syarat mendiamkan diri dari perkara tersebut.

Difahamkan juga, Joe Ferrari adalah seorang lulusan daripada Akademi Kadet Polis Diraja di Bangkok sebelum dikenali sebagai salah seorang pegawai penguat kuasa ᴅᴀᴅᴀʜ terbaik di negara berkenaan.

Akan tetapi, dia juga dikenali sebagai ‘playboy’ kerana bercinta dengan seorang model. Dalam pada itu, bekas kekasihnya, yang juga seorang pelakon Thailand, ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Joe Ferrari pernah mengarahkan pegawai polis untuk mengintipnya ketika dia sedang bercuti. Kemudian beliau datang ke rumah ibu bapanya untuk meminta agar perkongsian dalam internet mengenainya dipadamkan.

Sehingga kini kes masih berjalan dan tiada pertuduhan rasmi diumumkan.

Saksikan rakaman di bawah:

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL