spot_img

Pemandu Terserempak “Makhluk Kepala Senget” Selepas Pulang Memancing Cetus Persoalan Wargamaya

- Advertisement -

BUAT sesetengah orang, memandu pada waktu malam memang sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Namun, akan ada hari yang ‘kurang bernasib baik’ apabila mereka terserempak dengan benda-benda mistik dan pelik.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman di mana dia berhadapan dengan ‘sesuatu’ yang sedang berdiri di dalam gelap semasa sedang melalui satu jalan selepas pulang daripada memancing seorang diri.

Pada awalnya lelaki ini berniat mahu patah balik semula untuk melihat ‘benda’ tersebut, namun dia membatalkan hasratnya setelah minyak keretanya sudah hampir habis.

- Advertisement -

Menurutnya lagi, jalan yang dia lalu ketika waktu itu memang sunyi sepi tanpa ada kenderaan lain, tiada lampu jalan bahkan tiada penduduk di kawasan persekitaran tersebut.

Video yang dikongsikan tersebut telah mendapat ribuan komen dan perkongsian daripada para netizen yang lain. Ramai yang berteka-teki memikirkan apakah ‘benda’ tersebut, adakah ianya manusia ataupun makhluk halus.

Menurut lelaki ini, setelah berselisih dengan ‘benda’ itu kereta tayarnya pancit di kawasan jalan tersebut pada malam itu juga dan dia terus menggantikan tayar pancit itu dengan tayar spare untuk meneruskan perjalanan pulang.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, jika ianya manusia bagaimana ‘dia’ boleh berjalan di dalam keadaan yang gelap gelita kerana langsung tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut mahupun kawasan perumahan berhampiran di kawasan tersebut.

Hantaran video tersebut masih lagi menjadi perdebatan orang ramai ketika artikel ini ditulis. Bagi yang pernah berhadapan dengan situasi begini akan menyatakan ‘benda’ tersebut merupakan makhluk halus, manakala bagi yang mempercayai ‘hantu tidak mempunyai bayang-bayang’ akan mengatakan ‘benda’ itu cumalah orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Anda boleh lihat video itu sendiri di akhir artikel ini dan nilaikan.

Reaksi beberapa wargamaya

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL