spot_img

‘Presiden Bumi Datar’ Samakan Penerima Vaksin Dengan Lembu, PU Syed Mohon PDRM Ziarah

- Advertisement -

SIAPA yang tidak kenal dengan Suhaimi Saad. Sebut sahaja namanya pasti teringat akan beberapa kontroversi hangat yang dicetuskan yang sering menjadi perbualan hangat para netizen.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini ada sahaja perdebatan panas yang akan dibicarakan diantara Suhaimi Saad dengan para netizen yang tidak sehaluan pendapat dengan beliau.

Baru-baru ini timbul lagi kontroversi dimana beliau memuatnaik status di Instagram dengan menyamakan penerima vaksin sebagai lembu. Malah turut dinyatakan dalam posting tersebut dakwaan yang dibuat itu sejajar dengan apa yang disebut di dalam Al-Quran.

- Advertisement -

Memandangkan kenyataan beliau mengundang pelbagai tohmahan serta persepsi dari kalangan netizen yang menyangkal kenyataan sebelum ini, Suhaimi Saad bertindak untuk block individu tersebut daripada terus memberikan komen negatif di Instagram beliau.

Sehubungan dengan itu, Pencetus Ummah Syed pula berkata, didalam perkongsiannya di Instagram dia memohon agar pihak berkuasa iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar menziarahi Suhaimi Saad untuk mengetahui kondisi kesihatan beliau. Beliau bagaimanapun turut menasihatkan Suhaimi Saad agar mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat serta tidak melabelkan penerima-penerima vaksin tersebut sebagai lembu.

- Advertisement -

Jika dilihat isu sekarang, vaksin merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan malah Suhaimi Saad yang juga mengakui sebagai ‘Presiden Bumi Datar’ juga merupakan antara salah satu individu yang menolak untuk menerima vaksin yang telah ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini malah ia juga mendakwa bahawa vaksin bukanlah salah satu cara atau ikhtiar untuk melawan virus Covid-19.

Terdahulu, Suhaimi Saad merupakan bekas penyanyi nasyid kumpulan InTeam tetapi beliau mengambil langkah untuk meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid serta tidak mahu dilabelkan sebagai ustaz.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL