spot_img

Alami Kesan Sampingan Vaksin, Remaja Ini Dibayar RM703k

- Advertisement -

BARU-BARU ini kita telah diperkenalkan dengan satu sistem sokongan untuk mengurangkan infeksi jangkitan Covid-19 iaitu dengan mengambil suntikan vaksin.

Rata-rata kebanyakan negara luar juga sedang giat berusaha untuk mencapai imuniti kelompok bagi menurunkan kadar kes jangkitan Covid19.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Singapura juga telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyatnya berada dalam keadaan selamat dan dalam langkah menurunkan kadar jangkitan dengan segera dengan memberikan vaksinasi kepada rakyat mereka.

- Advertisement -

Namun, di dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan tersebut, satu laporan  mengenai kesan jangkitan tersebut telah menyebabkan seorang remaja yang juga berasal dari Singapura telah mengalami kesan sampingan yang serius selepas disuntik vaksin Covid19.

Remaja yang tidak disebutkan nama itu dikatakan mengalami masalah jantung yang serius selepas menerima suntikan dos pertama Covid19.

- Advertisement -

Menurut laporan, dia difahamkan rebah selepas mengikuti sesi angkat berat di gimnasium pada 3 Julai iaitu selepas enam hari menerima suntikan pertama vaksin Pfizer.

Bagaimanapun, dibawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin ( VIFAP) yang telah dilancarkan di Singapura awal tahun ini, akan memberikan pampasan sekali gus kepada penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan yang serius.

- Advertisement -

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) telah memberikan pembayaran tahap satu kepada setiap seorang dan setakat ini hanya dua penerima sahaja yang layak.

“Pembayaran tahap satu berjumlah SG$225,000 (RM703,000) seorang diberikan kepada dua penerima setakat ini.”

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan kebimbangan dalam kalangan penerima vaksin sekali gus mendorong lebih ramai dikalangan rakyat tampil untuk menerima vaksinasi.

Setakat ini, mengikut MOH sebanyak 144 permohonan sedang diproses dan melibatkan kira-kira SG$ 782,000 (RM2.4 Juta) yang akan dinilai mengikut tahap kriteria yang ditetapkan.

Laman sesawang MOH memaklumkan jumlah bantuan kewangan yang diberikan melalui VIFAP adalah tetap dan bergantung kepada tahap keseriusan kesan sampingan dialami pesakit.

Ia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu yang pertama menyebabkan kematian atau kecacatan kekal serius dengan pampasan sekali bayar berjumlah RM703,000.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL