Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ayah Keji Beritahu Isteri Supaya Bayi "Syaitan" Dibunuh, Penduduk Kampung Pula Gelar Alien
spot_img

Ayah Keji Beritahu Isteri Supaya Bayi “Syaitan” Dibunuh, Penduduk Kampung Pula Gelar Alien

- Advertisement -

MELALUI proses kehamilan selepas mendirikan rumahtangga adalah sesuatu momen yang sangat menggembirakan. Bahkan ia akan menjadi satu kenangan yang akan disemat didalam hati kerana bakal menimang cahaya mata adalah satu anugerah paling indah.

Tidak ada seorang ibu atau bapa pun tidak sayangkan anak malah kebanyakan menerima apa yang telah dikurniakan sebagai satu cabaran dan ujian dalam kehidupan.

Namun, dimanakah sifat kita sebagai manusia sekiranya sanggup atau ingin membunuh anak kandung sendiri hanya kerana dia tidak kelihatan tidak normal seperti anak lain malah melabelkan dia dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya.

- Advertisement -

Hal ini sebenarnya banyak terjadi di seluruh dunia, bahkan rata-rata sudah banyak kes dilaporkan di internet yang sanggup membuang atau membiarkan anak tanpa rawatan kerana beranggapan anak tersebut membawa kepada kehidupan malang dikemudian hari.

Walaupun zaman teknologi telah giat membangun serata dunia, sehingga kini masih terdapat juga kes-kes seperti ini dilaporkan. Malah apa yang menyedihkan apabila doktor yang terbabit juga bertindak kejam hanya kerana paras rupa bayi tersebut.

Seperti seorang wanita dan anaknya ini. Difahamkan Bajeneza Liberata yang berasal dari Rwanda Afrika itu dikatakan ditinggalkan oleh suami dan keluarganya sebaik sahaja melahirkan anak.

- Advertisement -

Kini beliau dalam usaha untuk mendapatkan dana bagi rawatan perubatan untuk bayinya dengan kadar segera.

Bahkan doktor di hospital berkenaan juga dilaporkan tidak memberitahu keadaan kesihatan yang dihadapi oleh anaknya. Malah bertindak memberitahu agar dibuang anak kandungnya melalui tingkap bilik bersalin sebaik sahaja proses kelahiran dilakukan.

- Advertisement -

Dia dikatakan melahirkan anaknya di sebuah kota di Afrika Tengah dan terkandas beberapa hari di hospital selepas suaminya bertindak untuk meninggalkannya sebaik selepas melihat anak mereka pada pandangan pertama.

Ayah kepada kanak-kanak lelaki tersebut juga bertindak kejam apabila memberitahu isterinya untuk membunuh anaknya kerana mendakwa bahawa itu adalah anak Syaitan. Beliau juga menegaskan tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak lelaki tersebut dan menggelarnya sebagai “Syaitan Bertelur”.

Selepas beberapa hari bersalin dan terkandas di hospital gara-gara ditinggalkan suaminya, akhirnya seseorang yang baik hati telah menawarkan dan membawa mereka pulang ke kampung Bajeneza.

Tetapi sekali lagi malang menimpa apabila penduduk kampung bertindak menyeksa mereka, dengan mengejek bayi tersebut dan memanggilnya sebagai raksasa.

Namun begitu, ibu kepada bayi tersebut tidak berputus asa dan beliau sedang giat mencari dana untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Oleh itu, satu pertubuhan telah mengadakan pungutan sumbangan derma keatas bayi tersebut melalui GoFundMe dan berharap dapat memberikan Bajeneza serta bayinya kehidupan yang baru.

Setakat ini kutipan tersebut dikatakan mencecah hampir RM100k.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL