Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Demi Buktikan Cinta, Pemuda Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan
spot_img

Demi Buktikan Cinta, Pemuda Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan

- Advertisement -

ANDA mungkin pernah mendengar petikan filem di mana seorang lelaki membuktikan cintanya kepada wanita dengan menyebut, “I love you from the moon and back.” Namun, siapa sangka, kata-kata tersebut bukan sekadar ucapan sahaja.

Terbaharu, seorang lelaki bernama Sohaib Ahmed, berasal dari Pakistan telah bertindak membeli sebidang tanah di Bulan untuk dihadiahkan kepada isterinya yang tercinta.

Lelaki berusia 23 tahun tersebut membeli tanah seluas satu ekar di Bulan dengan harga USD$ 45 – bersamaan RM186.00 – melalui Lunar Settlement Initiative (LSI) untuk isterinya, Madhia.

- Advertisement -

Kebanyakan orang pada mulanya tidak percaya dengan berita ini, persoalan yang bermain di media sosial adalah adakah benar kita boleh membeli sebidang tanah di Bulan?

Jawapannya adalah ya, melalui satu sijil rasmi yang dikeluarkan oleh LSI, kelihatan nama Sohaib Amed tertera di sijil tersebut. Sijil itu dikeluarkan sendiri oleh The Lunar Registry yang mempunyai pejabat di kota New York.

- Advertisement -

Menurut laman web LSI, tanah di Bulan hanya ditawarkan kepada individu atau syarikat bagi membiayai eksplorasi di Bulan. Tambahnya lagi, setelah berjaya memiliki tanah tersebut, pemilik berhak untuk tinggal di tanah tersebut.

Pasangan ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of Vapor Society, termasuk ‘Tuntutan & Akta Berdaftar untuk Harta Lunar.

- Advertisement -

Rupanya-rupanya, selain Sohaib, beberapa artis Bollywood juga mempunyai nama yang didaftarkan untuk sebidang tanah di Bulan. Shah Rukh Khan juga dilaporkan pernah dihadiahkan sebidang tanah di bulan oleh salah seorang peminatnya.

Reaksi warga maya

“Uikkk sapakah pemilik bulan yang sebenar. Pandai2 je depa jual tahan di Bulan tu.” – Yaqut As

“jgn lupe ukur betul2 bawak jabatan ukur tanah pergi bulan, kang slh ukur dh bergaduh plak dgn jiran alien kt sebelah” – tulis Khairul Hanafi Effy.

“Utk apa tanah tu? bukan boleh duduk sne pun kn? kos nk ke sana dh berapa, blm tangki oksigen lg. aduh.. cannot brain” – ulas Rieki Imtiyaz.

“Ingt ank aku dh hebat beli tanah setiap bndr dlm Malaysia, beli hotel, beli rumah, time ade luck Baling dadu masa cuti sekolah pkp aritu.. rupanya org ni lg hebat” – Emellyn Intisar Nur Dafina.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL