spot_img

Elak Kehamilan, Lelaki Guna Gam Gajah Maut

- Advertisement -

SEMUA orang yang sudah mempunyai anak atau yang telah berkeluarga, biasanya akan mengambil beberapa kaedah perancang keluarga sama ada untuk menjarakkan kehamilan atau pun sebagai salah satu cara pencegahan untuk mengelakkan diri daripada kehamilan.

Antara kaedah yang biasa diguna pakai adalah seperti pemakaian kondom, pemasangan Intrauterine Device (IUD), dan sebagainya boleh didapati di mana-mana Klinik Kerajaan atau pun swasta.

- Advertisement -

Namun, apa yang akan terjadi sekiranya seseorang yang ingin mengelakkan kehamilan dengan menggunakan gam gajah dan masih dalam status belum berkahwin ?

Ikuti cerita penuh dibawah.

Dikhabarkan seorang lelaki yang berasal daripada Gujarat India telah menggunakan kaedah gam gajah sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan tunangnya itu, akhirnya membawa kepada kematian.

- Advertisement -

Dilaporkan lelaki tersebut meninggal dunia setelah bertindak menutup bahagian hujung alat sulitnya dengan menggunakan gam gajah.

Lelaki yang bernama Salman Mirza, 25 tahun itu bertindak sedemikian kononnya selepas beliau dikatakan tersedar terlupa membawa kondom ketika membuat tempahan di sebuah bilik hotel bersama tunangnya.

- Advertisement -

Disebabkan hal itu, mereka bertindak menggunakan gam gajah yang kuat untuk menutup bahagian hujung alat sulit lelaki tersebut sebelum melakukan hubungan seks sebagai langkah pencegahan kehamilan.

Rentetan itu, Salman Mirza dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel berkenaan selepas ditemui oleh rakannya, Firoz Shaikh.

Akhirnya, Salman dikatakan di bawa ke Hospital Aman Sala selepas didapati semakin teruk dan keadaan kesihatannya yang semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut rakannya juga, Salman bertindak sedemikian semasa berkemungkinan dia dibawah pengaruh dadah dan tidak menyedari bahawa tindakannya itu boleh meragut nyawanya sendiri.

Laporan forensik juga menyatakan bahawa, kes kematian itu adalah disebabkan kesan daripada penggunaan gam gajah sebagai salah satu alat pencegahan kehamilan.

Selain itu, seorang penyiasat kejadian turut melaporkan pasangan tersebut berkemungkinan menghidu gam yang dicampurkan dengan dadah kemudian menggunakan gam yang sama pada alat sulitnya.

Bahkan ia juga dikatakan telah merosakkan  organ lelaki tersebut dam disahkan meninggal disebabkan kegagalan fungsi organ yang lain.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL