spot_img

Tular Gambar X-Ray Wanita Pakai Ribuan Susuk

- Advertisement -

BERITA mengenai seorang wanita yang mempunyai ribuan susuk baru-baru ini menjadi viral di internet. Ini dapat dilihat dari gambar X-ray yang dikongsi oleh pengguna Instagram, Tasqia Syabira yang berasal dari Indonesia.

Dalam gambar X-ray, jelas bahawa wanita yang dilaporkan berusia 55 tahun itu mempunyai ribuan susuk di tubuhnya. Implan itu kelihatan seperti banyak garis putih kecil yang tersebar di seluruh tubuhnya.

“Seorang pesakit wanita berusia 55 tahun diarahkan melakukan X-ray. Jadi berapa banyak susuk yang ada?” tulis Tasqia dalam muat naiknya.

- Advertisement -

Tasqia juga memberikan beberapa penjelasan mengenai susuk. Menurutnya, susuk dalam dunia perubatan disebut sebagai Charm Needles. Secara amnya, susuk boleh dilihat dengan jelas semasa seseorang melakukan X-ray. Ini kerana susuk diperbuat daripada emas dan tembaga.

Namun, apabila pesakit perlu menjalani pembedahan, susuk yang dipakainya tidak akan kelihatan ketika dibedah. Jadi, susuk hanya boleh dilihat dengan menggunakan sinar X-ray.

- Advertisement -

“Susuk ini jarang menyebabkan komplikasi, jadi biasanya apabila melakukan X-ray, ‘secara tidak sengaja’ saya menjumpainya. Jika di X-ray ada, tetapi jika dibedah tidak kelihatan,” tambahnya.

Tasqia juga mengatakan bahawa susuk boleh jadi merbahaya jika ia menyebabkan jangkitan. Namun, hingga kini, dia masih rasa misteri dan bingung mengapa susuk tidak dapat dilihat semasa pesakit melakukan pembedahan.

- Advertisement -

“Mengapa ia dapat dilihat semasa melakukan X-ray? Kerana ia dibuat dari emas dan tembaga, jadi ia mampu dilihat semasa X-ray. Kenapa semasa di bedah hilang? Wah, saya pun tidak tahu. Di dalam jurnal, perkara ini masih menjadi misteri dan apakah susuk ini ada jangkitan, juga sukar dicari,” jelas Tasqia.

Gambar X-ray tubuh wanita yang dipenuhi dengan susuk ini kemudian menjadi viral dan netizen datang berbondong memberi komen. Kebanyakan daripada mereka merasa seram apabila membaca kisah yang ditulis oleh Tasqia.

Reaksi warga maya

“Yup, aku sendiri tengok kes mcm ni time praktikal kat hospital dulu. Tengah buat ct scan nampak paku panjang giler dlm badan pesakit, bila tanya perempuan tu mengaku dia pki susuk. Sedih tgk masih ramai buat benda khurafat mcm ni.” – Fazirul Mubin.

“Kami juru xray memang banyak kali dapat kes2 begini, lepas tu terpaksa periksa fizikal badan pesakit kerana doktor pakar radiology akan Tanya juru xray sama ada “artifact” / foreign body.. Fizikal tak ada, dalam xray ada..” – Hafisah Ramli.

“Susuk bukan untuk cantik. Susuk untuk org sekeliling rasa senang. Mudah suka.. Mudah tertarik… bayang kan 60 tahun masih guna susuk tapi ada aura yang menarik… Org sekeliling patuh dan mudah mesra.” – Coles Law.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL