Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Wanita Persis Barbie Ini Mempunyai Bibir Terbesar Di Dunia
spot_img

Wanita Persis Barbie Ini Mempunyai Bibir Terbesar Di Dunia

- Advertisement -

SEJAK dahulu lagi menjadi lumrah bagi wanita kerana suka akan kecantikan. Mereka dikatakan mampu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu tampil cantik dan juga yakin untuk diri sendiri dan juga orang ramai.

Bahkan, pembedahan kecantikan yang mengubah wajah juga turut diperkenalkan apabila ramai wanita-wanita cenderung untuk cantik dengan cepat dan mudah. Dikatakan, ramai wanita telah melakukan pembedahan kecantikan semata-mata mahu nampak cantik dan kebanyakan yang melakukan pembedahan ini adalah artis diluar negara.

Bukan itu sahaja, suntikan-suntikan juga mula diperkenalkan seperti membesarkan bibir, memutihkan wajah dan sebagainya. Hal ini biasanya dilakukan diluar negara kerana difahamkan kerana mereka mempunyai klinik-klinik khas untuk kecantikan wanita.

- Advertisement -

Namun, apa akan jadi sekiranya seseorang wanita itu terlalu obses pada kecantikan dan sanggup mengambil risiko membahayakan diri demi mahu kelihatan cantik ? Semestinya ia adalah kecantikan yang sementara sahaja malah kesannya itu lebih banyak keburukan.

Seperti seorang wanita ini, beliau dikatakan terlalu obses akan kecantikan sehingga ketagih untuk membesarkan bibirnya. Difahamkan juga, dia telah melakukan sebanyak 25 kali suntikan untuk menghasilkan bibir sebesar itu.

- Advertisement -

Bagaimanapun, wanita yang bernama Andrea Ivanova yang berasal dari Bulgaria telah pun dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar didunia pada masa kini kerana size bibirnya yang besar dan agak kelihatan pelik sedikit.

Walaupun baru berusia 23 tahun, dia mengakui sangat menyukai bibir barunya yang kelihatan tebal. Andrea juga percaya bahawa dirinya kelihatan lebih cantik dengan keadaan bibir yang besar dan tebal. Difahamkan juga setakat ini dia telah mendapatkan rawatan di pelbagai klinik kecantikan demi mendapatkan bibir yang sempurna.

“Saya suka bibir saya sekarang lebih daripada sebelum ini. Saya berasa sangat gembira dengan bibir yang baru ini, kerana menurut saya dengan bibir yang lebih besar saya kelihatan lebih cantik”.

- Advertisement -

 

Penobat bibir terbesar di dunia ini juga sangat percaya bahawa hanya dia seorang sahaja yang berbibir tebal dan besar. Malah beliau juga turut berbangga kerana memiliki bibir sebesar itu. Bahkan dia juga mengakui dirinya sebagai Barbie.

Namun begitu, Andrea Ivanova juga mengatakan bahawa dia masih belum berpuas hati dan belum mahu berhenti untuk membesarkan lagi bibirnya.

Doktor telah menasihatkannya agar mengambil berat akan bibirnya dan jangan ambil mudah jika merasa sebarang kesakitan atau ketikdakselesaan di bibirnya. Bahkan, ianya boleh mendatangkan bahaya kepadanya sekiranya masih mahu menerima suntikan di bibir lagi di masa hadapan.

Doktor juga pernah menasihatkannya agar berhenti atas faktor keselamatan dan kesihatannya, tetapi dia tetap masih mahu membesarkan lagi bibirnya walaupun mengetahui akan risiko yang mungkin dihadapinya.

“Doktor memberi amaran kepada saya jika bibir saya sakit atau ada masalah, segera memanggil dia kerana mungkin ada risiko dehidrasi”.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL