spot_img

2 Rakyat Malaysia Akan Dibicara Esok, Insiden Pengeboman Di Bali, Jakarta

- Advertisement -

MENURUT laporan, 2 rakyat Malaysia akan dihadapkan di Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika syarikat (AS) Teluk Guantanamo, Cuba, pada hari esok.

Tertuduh iaitu Muhammed Nazir Lep 45 tahun, dan Muhammed Farik Amin 46 tahun, telah dituduh berhubung dengan insiden pengeboman mati di Bali Indonesia kira-kira 19 tahun yang lalu.

Dikatakan juga, kedua-dua suspek berkenaan telah ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 lagi bersama seorang rakyat Indonesia yang dikenali sebagai Hambali atau Encep Nurjaman.

- Advertisement -

Pejabat Persuruhjaya Tentera AS juga menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek berkenaan sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada Februari lalu akan tetapi ditangguhkan kerana pandemik Covid19 yang melanda.

Pejabat berkenaan juga telah memuatnaik kertas pertuduhan yang menunjukkan Nazir dan Farik akan berdepan sebanyak sembilan pertuduhan manakala Hambali pula dikenakan lapan pertuduhan berkaitan dengan serangan pengganas di Bali pada 2002 serta di Jakarta pada 2003.

- Advertisement -

Mereka dituduh dengan konspirasi, membunuh, percubaan membunuh, terorisme, dengan sengaja mendatangkan kecederaan serius, memusnahkan harta benda awam, menyerang orang awam serta benda-benda orang awam.

Sementara itu, menurut sumber TheVibes, kedua-dua suspek yang berasal dari Malaysia itu juga mempunyai rancangan al-Qaeda untuk menghancurkan pesawat yang dirampas di Menara Bank Amerika Syarikat yang berketinggian 73 tingkat yang juga merupakan Menara Perpustakaan di Los Angeles.

Bahkan Hambali juga digambarkan sebagai ‘dalang’ untuk Jemaah Islamiyah iaitu kumpulan Militan Asia Tenggara yang berkaitan dengan al-Qaeda. Dia juga dimaklumkan diantara orang yang bertanggungjawab merancang serangan di Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

- Advertisement -

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tersebut dengan bantuan al-Qaeda  didakwa telah melalukan pengeboman di kelab malam di Bali pada 12 Oktober 2002. Mangsa yang terkorban adalah seramai 202 orang. Manakala pada 5 Ogos 2003 pula, mereka juga difahamkan telah menyerang hotel JW Marriott di Jakarta yang mengorbankan 12 orang dalam insiden tersebut.

Selain itu, menurut kes Guantanamo, Nazir dan Farik juga dikatakan sebagai pembantu Hambali malah mereka merupakan yang paling terkenal di Jemaah Islamiyah serta dilatih oleh al-Qaeda.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL