spot_img

Kisah Semasa Jacky Dari Jalanan Sebelum Dikenali

- Advertisement -

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, heboh diperkatakan tentang pelawak media sosial terbaru yang dikenali sebagai Jacky bersama rancangan Jacky TV yang dimuat naik di YouTube.

Video yang memaparkan temu bual antara hos yang dikenali sebagai Jacky dengan orang ramai di sekitar Kuantan mula mencuri tumpuan netizen dengan telatahnya yang unik ketika bertanyakan soalan.

Walaupun cara penyampaiannya yang sedikit berlainan dan istimewa itu mampu untuk menghadirkan gelak ketawa dalam kalangan penonton, namun ada juga yang dilihat kurang terhibur dengan caranya itu.

- Advertisement -

Perkara itu sekaligus membuatkan netizen yang pernah mengenali Jacky untuk tampil berkongsikan kisah beliau sebelum ini atau lebih tepat lagi sebelum membuat kemunculan di media sosial.

Penghibur jalanan

Menurut beberapa perkongsian di Twitter, kemunculan Jacky dalam video-video tular ketika ini bukanlah kali pertama beliau menghiburkan orang ramai, malah beliau sebelum ini juga pernah menjadi penghibur jalanan di sekitar bandar Kuantan dan Teluk Cempedak di Pahang.

Bukan sahaja berceritakan kisah Jacky sebelum ini, malah para netizen juga turut berkongsikan kembali video Jacky sedang menghiburkan orang ramai di pusat peranginan terkenal di Kuntan itu.

- Advertisement -

Selain daripada menjadi penghibur jalanan di sekitar bandar di Pantai Timur itu, Jacky juga difahamkan sebelum ini bekerja sebagai penjual ikan dengan motosikalnya di sekitar kawasan tersebut.

- Advertisement -

Perkara itu dikongsikan seorang netizen yang melalui satu ciapan yang dibuat bagi menjawab pertanyaan tentang latar belakang Jacky sebelum membuat kemunculan di media sosial.

Walaupun mungkin ada sesetengah pihak yang kurang terhibur dengan lawak-lawak yang dilakukan Jacky namun pencapaian dan perubahan yang dilalui olehnya seharusnya menggembirakan kita.

Ini ditambah lagi dengan status beliau yang difahmkan mempunyai masalah pembelajaran dan percakapan dan membuat kemunculan di media sosial dan berjaya menghiburkan orang ramai adalah satu pencapaian yang hebat buat dirinya.

Rakaman Jacky yang pernah popular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL