spot_img

Planet Musytari Boleh Di Lihat Dengan Mata Kasar Sehingga Penghujung Disember

- Advertisement -

SISTEM suria yang tercipta ini merupakan satu sistem yang sangat menarik sekiranya diteroka. Walaupun tidak dapat ke sana, melihatnya daripada kejauhan juga sudah memadai.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dilaman Facebook berkata, orang ramai berpeluang untuk melihat planet Musytari dengan menggunakan mata kasar selain binokular dan teleskop dengan menghadap ke arah ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan serta bergantung kepada keadaan cuaca.

- Advertisement -

Bahkan, mereka menambah, planet yang terbesar dari sistem solar itu akan kelihatan di langit pada waktu malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember ini.

Umumnya, planet Musytari merupakan planet kelima dari matahari dan juga planet yang terbesar daripada kelapan-lapan planet dalam sistem suria. Purata jarak planet tersebut dengan matahari kira-kira sejauh 778.3 juta kilometer.

- Advertisement -

Selain itu, keunikan planet Musytari ini adalah ia mempunyai 16 satelit semulajadi seperti Ganymede dan purata suhunya pula dianggarkan sekitar 50°celcius.

MYSA juga menyatakan Musytari akan berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini dan menjejak sedikit demi sedikit ke arah barat sepanjang bulan dengan merentas di sempadan buruj Aquarius hingga Capricornus.

“Musytari akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus dengan diameter ketara Musytari adalah sebanyak 49 saat arka.”

- Advertisement -

Permukaan Musytari dengan ciri luaran yang menonjol iaitu Great Red Spot serta 4 bulan utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang dikenali sebagai Galilean Moons (Io, Europa, Ganymede dan Callisto) boleh dilihat dengan jelas dengan menggunakan teleskop.

Tambahnya lagi, Capricornus merupakan satu buruj zodiak hemisfera selatan yang terletak berhampiran Sagittarius dan merupakan bintang tercerah terdiri daripada daripada bintang magnitud ketiga.

Manakala Aquarius pula, buruj zodiak hemisfera selatan yang luas yang berhampiran dengan Pegasus, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang tiga magnitud.

Diameter ketara atau lebih dikenali diameter sudut ialah ukuran sudut objek dilangit yang dilihat daripada Bumi.

Gambaran secara menyeluruh  di Musytari

Apa yang menarik mengenai Musytari adalah ia mempunyai sinaran latar belakang secara meningkat. Bahkan kapal angkasa Galileo di orbit juga menerima doa radiasi sebanyak 2500% lebih tinggi daripada tahap kritikal di Bumi.

Bahkan pada tahun 1979, dengan menggunakan probe Voyager-1, didapati bahawa Musytari mempunyai cincin, anda hanya dapat melihatnya dari jarak dekat.

Suasana Musytari

Ini merupakan salah satu gambaran suasana di Musytari dimana, gergasi gas ini memiliki atmosfer 1000 km, dan tekanannya bervariasi diantara 20 hingga 220 kPA.

Sebilangan besar bahan yang terdapat di atas permukaan Musytari merupakan hidrogen (90%), komponen kedua yang paling utama adalah helium (10%) serta bahan lain juga menyumbang sebahagian kecil.

Ahli astronomi membahagikan atmosfer menjadi lapisan berikut (dari atas ke bawah) seperti eksosfera, termosfera, stratosfera, tropopause dan troposfera.

Kelajuan anginnya pula di atmosfer Musytari boleh mencapai sehingga 600 km/j. Perubahan suhu, dominasi hidrogen dan tekanan tinggi, juga menyebabkan para saintis secara berkala akan memerhatikan aura di kedua-dua kutub.

Cuaca di Musytari

Taufan serta ribut yang bergerak mengelilingi planet ini dengan kelajuan sehingga 600 km/jam akan terus berputar di permukaan Musytari.

Selain itu, kedudukan dan bentuknya juga dikatakan boleh berubah dengan ketara walaupun dalam beberapa jam sahaja.

Ini jelas kelihatan keganasan yang dapat terjadi di planet ini adalah Titik Merah atau ribut raksasa yang dapat dilihat dengan sempurna tanpa pendekatan yang kuat. Dianggarkan ia juga telah berlaku selama selama beberapa abad Bumi.

Sebahagian besar planet Musytari ini ditutup dengan awan tebal berwarna putih dan coklat. Ia dalam keadaan lurus dengan garis-garis yang jelas dan bergerak pada kelajuan masing-masing.

Ahli astronomi juga memanggil ia sebagai kawasan tropika. Pembentukan band yang  muncul adalah disebabkan oleh keadaan huru-hara arah udara yang terletak pada ketinggian yang berbeza.

Namun, terdapat juga kawasan di gergasi gas ini di mana udara akan mengalir turun. Kawasan seperti itu biasanya berwarna coklat gelap dan disebut sebagai tali pinggang kerana sifat udaranya dan terdapat di kawasan putih yang disebut zon.

Sebenarnya, dengan kata mudah cuaca di Musytari adalah ribut awan yang tidak dapat ditembus kerana mempunyai ukuran, suhu dan tekanan tertentu.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL