Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tangan Kanan Dipotong Akibat Disamun Di Jalan Kuching
spot_img

Tangan Kanan Dipotong Akibat Disamun Di Jalan Kuching

- Advertisement -

SUSULAN kejadian samun di Jalan Kuching pada Khamis lalu oleh sekumpulan penjenayah, mangsa iaitu Siti Nur Azizah Syafriadi 17 tahun, terpaksa menjalani tiga pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kecederaan yang serius serta difahamkan juga doktor tidak dapat menyelamatkan tangan kanannya.

“Tangan kanan dia terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman, ketika ini dia masih tidak sedarkan diri dan kami sekeluarga mendoakan agar Siti kuat menghadapi semua ini,” kata abang saudaranya.

- Advertisement -

Yusuf Karim 24 tahun, yang juga abang saudara berkata, kejadian samun tersebut memberikan kesan yang besar kepada Siti dan keluarganya apabila tangan kanan adik saudaranya terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Selain itu, dia juga menambah Siti merupakan seorang anak yang rajin membantu ibunya berniaga makanan secara kecil-kecilan.

“Siti ada lesen, jadi untuk hantar makanan, dia akan hantar bersama teman lelakinya.

- Advertisement -

“Siti memang rajin bantu ibunya, sebagai anak sulung dalam keluarga, dia seorang anak yang bertanggungjawab.”

Dia juga menyatakan bahawa tangan adik saudaranya itu telah pun ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda di Jinjang pada Sabtu.

- Advertisement -

Bagaimanapun, menurutnya juga ia memberikan satu kesedihan yang mendalam kepada keluarga mahupun dirinya juga terkesan kerana dia merupakan ahli keluarga yang terdekat dengan mangsa.

Terdahulu, satu kejadian samun di Jalan Kuching telah dilaporkan. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lepas, dimana sepasang kekasih berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang mereka telah disamun oleh sekumpulan penjenayah di atas jalan raya.

Kejadian tersebut dianggarkan berlaku lebih kurang 12.10 tengah malam, manakala mangsa bersama teman wanitanya sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.

Akan tetapi, sebuah motorsikal jenis Honda RS150 yang dinaiki oleh dua lelaki telah bertindak menarik tangan mangsa serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan telah terkena bahagian belakang topi keledarnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa samun tersebut kemudian telah membuat pusingan dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar sebelum sekali lagi dihimpit oleh suspek dan bertindak menendang motosikal mangsa sehingga hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan.

Disebabkan tendangan itu, mangsa dan teman wanitanya terbaring di atas jalan sebelum salah seorang suspek bertindak membawa lari motosikal milik mangsa.

Dalam pada itu juga, Yusuf juga berharap agar pelaku segera dibawa ke muka pengadilan.

“Saya berharap penjenayah-penjenayah ini segara diberkas, apa yang mereka buat ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Kenapa mesti libatkan nyawa, apa yang berlaku ini soal nyawa dan masa depan seseorang itu, memang mereka ini tidak berhati perut,” katanya.

Eng Lai dalam kenyataannya juga berkata bahawa pihaknya masih mengesan individu terlibat dalam kejadian itu.

“Siasatan dari segala aspek sedang dijalankan dan kita berusaha untuk memburu suspek.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL