spot_img

4 Tahun Bercinta Melalui WeChat, Ingatkan Muda Rupanya

- Advertisement -

ZAMAN teknologi banyak menyediakan aplikasi ataupun filter yang mampu mengubah wajah seseorang supaya kelihatan lebih cantik.

Tidak perlu bersolek terlalu lama, cukup sekadar menggunakan filter sahaja mampu membuatkan wajah seseorang berubah menjadi cantik dan tampil muda.

Berikutan itu, kes yang dilaporkan di China ini sekali lagi menggemparkan masyarakat di sana apabila dikatakan seorang lelaki muda telah ditipu oleh seorang wanita yang berumur melalui hubungan percintaan di alam maya.

- Advertisement -

Dikhabarkan, Lu (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun telah mengenali Yang (bukan nama sebenar) di laman internet yang menjual barangan terpakai, ketika berurusan jual beli pada tahun 2017.

Perkenalan mereka dikatakan menjadi lebih serius pada hujung November 2017 dimana Yang memberitahu Lu bahawa dia telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya.

- Advertisement -

Paksaan perkahwinan tersebut membuatkan Yang mahu melarikan diri daripada rumah.

Demi cinta yang murni, Lu bertindak mahu membantu Yang dan telah pergi ke tempat tinggalnya yang mengambil masa lima hingga enam jam perjalanan dengan jarak lebih kurang 400 Kilometer (KM).

Namun apa yang menyedihkan apabila, Lu tidak dapat berjumpa dengan Yang yang difahamkan tinggal dibandar tersebut walaupun Lu telah menetap kira-kira dalam sebulan.

- Advertisement -

Akan tetapi, ia bertukar menjadi detik gembira buat Lu apabila muncul seorang wanita yang bernama Xu berusia lebih kurang 46 tahun, mendakwa dia merupakan ‘mak cik’ kepada Yang.

Beliau juga memaklumkan kepada Lu bahawa Yang tidak jadi untuk melarikan diri kerana pihak keluarganya bersetuju untuk tidak meneruskan perkahwinan tersebut. Xu juga menasihatkan Lu supaya kembali ke kampung halamannya di Hangzhou.

Xu iaitu ‘mak cik’ kepada Yang

Selepas perkhabaran itu, Lu mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya dan sekali lagi datang ke bandar Fuyang untuk bertemu dengan Yang pada Mac 2018. Namun, ia masih menjadi sia-sia apabila mereka sekali lagi tidak dapat bertemu.

Dalam masa yang sama Xu iaitu ‘mak cik’ kepada Yang mengatakan kepada Lu bahawa dia akan berpindah ke bandar Hangzhou bagi mengembangkan lagi bisnes perniagaan barangan terpakainya.

Gambaran perniagaan yang dijalankan oleh Xu

Lu yang mengetahuinya, kemudian membantu Xu dengan membenarkan tinggal dirumahnya untuk memudahkan segala urusan perniagaan.

Bagaimanapun, percintaan maya diantara Lu dengan Yang masih lagi berjalan seperti biasa dan menjadi lagi serius apabila Lu sanggup memberikan wang kepada Yang yang sepatutnya disimpan untuk ‘tabung perkahwinan’ mereka.

Transaksi wang yang dipindahkan kepada Xu. Ia juga merupakan wang untuk tabung perkahwinan mereka.

Akhirnya, percintaan alam maya yang penuh tipu dusta itu dikatakan terbongkar pada 20 Ogos tahun ini apabila Lu membantu Xu untuk menggantikan cover pada telefon bimbit beliau.

Secara diam-diam, Lu telah menyemak mesej di aplikasi WeChat ketika telefon bimbit Xu berada dalam keadaan tidak berkunci.

Bermulalah segala-galanya terungkai apabila Xu iaitu ‘mak cik’ kepada Yang merupakan teman wanitanya selama ini. Dia juga menyatakan bukan dia sahaja yang ditipu malah ada beberapa lelaki lain juga yang turut ditipu oleh wanita tersebut dengan modus operandi penipuan yang sama.

Ketika itulah, Lu baru tersedar bahawa Xu dan Yang mempunyai suara yang sama walaupun telah tinggal bersama hampir 3 tahun.

Setelah didesak oleh Lu untuk penjelasan, akhirnya Xu mengaku bahawa Yang merupakan watak yang dicipta olehnya dan turut memberitahu bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk tabung perkahwinan juga telah digunakan.

Lu kemudian berasa sangat tertipu lalu membuat laporan polis berkenaan penipuan yang dialaminya bermula dari 2017 sehingga 2021.

Lu yang berbaju putih sedang membuat laporan polis.

Xu juga dikatakan telah ditahan oleh pihak berkuasa dan kes tersebut masih lagi berada didalam siasatan sehingga hari ini.

Xu yang telah ditahan oleh pihak polis.

Apa yang menghairankan serta mengejutkan orang ramai adalah tidak ada seorang lelaki pun yang sedar mereka telah ditipu sepanjang perhubungan mereka. Ia mungkin kerana penampilan Xu selepas bersolek dan menggunakan filter kamera itu sangat berbeza daripada kenyataan dan ia membuatkan mereka mudah terperdaya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL