spot_img

Kisah Rayhan Sebelum Diusir Dari Malaysia Kerana Komen Dalam Dokumentari Al Jazeera

- Advertisement -

SAYA memiliki rumah yang cantik, kereta, kerja yang bagus dan kewangan yang stabil. Namun segalanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu (Al Jazeera),” luah Rayhan Kabir.

Itulah luahan Rayhan Kabir kepada laman berita Bangladesh, Dhaka Tribune beberapa bulan lalu dalam satu temu bual yang diadakan selepas pengusirannya dari Malaysia.

Beliau sebelum ini diusir daripada Malaysia selepas membuat kemunculan dalam dokumentari kontroversi Locked Up In Malaysia Lockdown terbitan Al Jazeera dan ditahan hampir selama sebulan kerana komen yang diberikannya.

- Advertisement -

Mengimbas kembali mengenai apa yang perlu dilaluinya sebelum ini, Rayhan bukan saja menjelaskan beliau kehilangan segala-galanya namun turut mendedahkan dia tidak dihubungi oleh sesiapa pun daripada Al Jazeera selepas ditangkap.

Rayhan bagaimanapun menjelaskan ianya adalah pilihannya sendiri untuk tidak menutup muka dan kekal sebagai anonymous dalam dokumentari tersebut.

- Advertisement -

Hal itu katanya kerana apa yang dilakukannya dalam dokumentari tersebut tidak melanggar undang-undang negara ini dan tidak menyangka akan meletakkan dirinya dalam masalah seperti yang berlaku sebelum ini.

“Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian banyak kali sebelum ini.”

“Bagaimanapun, saya tidak pernah terfikir yang bercakap tentang kebenaran akan membawa masalah sebanyak ini kepada saya,” katanya.

- Advertisement -

Justeru itu Rayhan dalam temu bual tersebut menjelaskan akan membuka buku baru dalam kehidupannya dan tidak lagi akan menoleh ke belakang.

Antara yang bakal dilakukannya selepas ini adalah untuk menyambung pengajian peringkat tinggi berkait undang-undang pendatang asing (migration law) dan bekerja untuk memastikan hak pekerja asing terjaga.

Rakaman Al Jazeera yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL