spot_img

Netizen Menangis, Pakcik Tua Terbaring Kelaparan Kaki Pula Dihurung Lalat

- Advertisement -

RAKYAT di Malaysia sememangnya terkenal dengan budaya saling membantu terutamanya kepada golongan insan-insan yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.

Sikap seperti ini sebenarnya harus diterapkan daripada seawal usia muda lagi untuk mengajar erti kehidupan, kesusahan serta ia dapat membentuk keperibadian murni dalam diri seseorang.

Bahkan, ada juga individu terkenal, artis, influencer, orang kaya serta NGO turut sama membantu kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan.

- Advertisement -

Namun, apa yang dilihat pada hari ini, semakin ramai rakyat terutamanys golongan muda menghulurkan bantuan demi bantuan agar mereka yang memerlukan pertolongan ini dapat hidup bersama dalam kelompok komuniti masyarakat.

Apatah lagi kita hidup bermasyarakat semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk membantu orang sekeliling yang sangat-sangat memerlukan pertolongan.

Seperti gadis muda ini yang di kenali sebagai Fitry.Care di aplikasi TikTok, beliau tidak teragak-agak untuk membantu individu yang memerlukan.

- Advertisement -

Dengan membawa hashtag ‘peduli’ ‘tawau’ ‘sabah’ beliau yang berhati murni ini dilihat banyak membantu masyarakat di setempatnya dengan bantuan dana yang diperolehi daripada sumbangan orang ramai.

Dalam video yang dikongsikan itu telah meraih sebanyak 586k tontonan, beliau dikatakan bertindak sedemikian selepas mendapat informasi mengenai seorang lelaki tua melalui Whatsapp dan terus membantunya.

Beliau menyatakan juga, Pakcik itu sedang berbaring kelaparan, kesejukan dan kakinya sedang mengalami luka yang serius dan perlukan perubatan dengan segera.

- Advertisement -

Didapati Pakcik itu juga, merupakan seorang gelendangan yang tidak diketahui asal usulnya, keluarga dan sebagainya telah pun terbaring lemah di Jalan Kelapa Tawau Sabah sementara kakinya pula sedang dikerumuni lalat.

Pakcik tersebut juga dikatakan meminta Fitri agar membantunya untuk menyuapkan makanan ke mulutnya kerana tidak mempunyai tenaga untuk bergerak, malah untuk bercakap juga tidak  mampu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar selepas beberapa hari tidak menjamah makanan dan minuman.

Fitry juga dilihat menggantikan baju beliau yang dikatakan basah kerana hujan dan sudah terlalu lama dipakainya serta membantu mencuci luka kakinya dan membalutnya untuk sementara waktu.

Ikuti video lanjut dibawah:

@fitry.careBeliau Kelaparan,kehujanan 🥺##Peduli ##tawau ##sabah

♬ bunyi asal – Fitry.care

Lebih menyayatkan hati, mereka juga terpaksa meninggalkan semula Pak cik tersebut di satu bangunan terbiar setelah berusaha sebaik mungkin untuk mencari bilik sewa untuk beliau dan difahamkan sehingga kini mereka masih belum menjumpai bilik sewa di sekitar kerana banyak yang menolak untuk menyewakannya.

Fitri dan juga beberapa kawannya juga dilihat telah membawa Pakcik tersebut mendapatkan rawatan di klinik Swasta berdekatan untuk mengubati luka dikaki Pakcik tersebut.

Rentetan daripada video yang dimuatnaik di TikTok itu, pelbagai reaksi diberikan dalam ruangan komentar.

Rata-rata mereka terkesan dengan video yang dimuatnaik sehingga mengalirkan airmata.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL