Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pemuda Ini Terkejut Selepas Bandingkan Realiti Gaji Sebagai "Engineer" Di Jepun Dengan Malaysia
spot_img

Pemuda Ini Terkejut Selepas Bandingkan Realiti Gaji Sebagai “Engineer” Di Jepun Dengan Malaysia

- Advertisement -

PEKERJA di Malaysia undervalued? Baru-baru ni Abang Sabu sengaja cari kerja di Malaysia. Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, cuma RM2,500 sebulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya, memang betul. Gaji RM2,500.

Kawasan kerja di Puchong dimana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar. Kos pengangkutan, tol, minyak dan parkir pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat “kena ada kenderaan sendiri” pula dimana menelan kos sekitar RM300 sebulan.

Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insuran dan KWSP adalah sekitar RM 1,500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.

Perbandingan kos sara hidup Jepun dengan Malaysia

- Advertisement -

Lepas itu banding pula kerja engineer yang hampir sama di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Gaji bersih yang boleh dikumpul adalah sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insuran dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2,000-3,000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan. Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Adakah gaji di Malaysia terlalu rendah atau Jepun yang tinggi

- Advertisement -

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid? Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi. Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.

Menjadi punca engineer graduan Jepun lari bidang pekerjaan

- Advertisement -

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan? Maaf, panjang pulak meroyan. Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Siapa nak kerja Jepun? Basically kena pandai cakap Jepun sebab mereka tak reti bahasa lain selain Jepun. JLPT N2 sudah memadai. Kalau nak kerja illegally ada sahaja. Tapi nanti kena kerah atau tipu tak ada siapa nak back up. Risiko tinggi.

Berdasarkan perkongsian artikel yang dibuat, beliau turut menerima beberapa soalan daripada pihak netizen sekaligus beliau memilih untuk menjawabnya.

Difahamkan beliau membandingkan dengan Jepun kerana beliau sudah berbelas tahun menetap di Jepun serta mahu pulang ke Malaysia. Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan cara hidup sendiri serta tidak membandingkan dengan kos sara hidup yang mewah di Jepun.

Dari segi gaji pekerjaan, perbandingan yang dibuat bukanlah daripada gaji fresh graduate kedua-dua negara sebaliknya membandingkan dari segi skill yang diperlukan sesebuah syarikat.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi job scope, namun perbandingan kasar yang dibuat adalah masih dalam bidang engineering.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL