spot_img

(Video) Lelaki Bertindak ‘Sekolah’ Pasangan Kekasih Di Tepi Jalan

- Advertisement -

SUDAH menjadi fitrah untuk lelaki melindungi perempuan, manakala perempuan pula bertindak menjadi ‘tulang belakang’ kepada seseorang lelaki.

Biasanya, perempuan sangat sinonim dengan sifat yang lemah lembut, tidak seperti seorang lelaki yang sinonim dengan perkataan gagah perkasa.

Namun, dalam apa juga masalah yang dihadapi dalam masa perhubungan diantara lelaki dan perempuan, adalah lebih baik berbincang dengan mengenepikan perasaan marah, dan juga ego untuk mencapai satu keputusan yang baik malah perbincangan tersebut biarlah dilakukan ditempat yang selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua pihak.

- Advertisement -

Seperti video yang dipaparkan di aplikasi TikTok ini, dapat dilihat seorang lelaki yang bernama Nazri Nazaruddin difahamkan telah meleraikan pergaduhan diantara seorang lelaki yang sedang menaiki motor manakala perempuan pula sedang berdiri di tepi jalan.

Video tersebut dikatakan bukan rekaan tetapi kejadian yang sebenarnya berlaku.

Difahamkan sebelum itu, Nazri dan rakannya sedang dalam perjalanan menaiki kereta menuju ke satu arah, akan tetapi dalam perjalanan telah melihat sepasang kekasih sedang bergaduh di tepi jalan. Nazri juga bertindak memarahi lelaki yang menaiki motosikal itu, kerana tidak mampu melihat tindakannya yang memarahi perempuan tersebut Dengan Lembu menjerit-jerit kearahnya sehingga menangis.

- Advertisement -

Menurut Nazri juga, beliau bertindak sedemikian kerana tidak dapat menahan amarahnya apabila melihat perempuan tersebut berada dalam keadaan sedang menangis dan terjerit-jerit selepas berlaku pergaduhan dengan pasangannya di tepi jalan.

Beliau turut memberikan persoalan “apa perasaan kau kalau adik perempuan kau atau perempuan diluar sana kena tindas tepi jalan ?” 

Bukan mahu menjadi hero akan tetapi sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga kita terutamanya perempuan diperlakukan seperti itu, semestinya akan menimbulkan perasaan marah dan sedih, apatah lagi kejadian tersebut berlaku ditepi jalan yang menjadi tontonan umum kepada orang ramai.

- Advertisement -

Beliau juga menyatakan bahawa perempuan ini bukan tisu yang boleh buang selepas ‘menggunakannya’. Sebagai seorang lelaki, perlu menghormati kaum perempuan dan menjaga martabat seseorang perempuan.

“Cuma nak pesan orang dekat luar sana. Perempuan ini bukan tisu. Dah pakai lepas itu buang, kita harus hormati dia. Walaupun perempuan selalu betul, kita tetap perlu hormat dia.”

Dalam pada itu, Nazri juga memberitahu dia bukan mahu bertindak untuk menjadi Hero tetapi cuma mahu membantu meleraikan pergaduhan yang berlaku diantara pasangan tersebut.

Lanjut ke video dibawah:

@jaynaz88Bukan rekaan , kejadian sebenar 🥺 tq tms record tanpa sgaja ##fypシ ##foryoupage ##foryoupageofficiall ##tiktokmlaysia ##tiktokindonesia ##malaysiabangkit

♬ suara asli – Ziell Ferdian

Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta. Rata-rata komen yang membanjiri video tersebut juga mendatangkan pelbagai versi cerita yang hampir sama atas pengalaman masing-masing.

Netizen bersetuju dengan tindakan Nazri

 

Walaupun perempuan selalu dikatakan ‘betul’ tiap masa, sebagai lelaki dan juga pasangan haruslah tetap saling menghormati serta sentiasa menjadi pelindung kepada mereka agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan bahagia.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL