spot_img

Ambulans Terbabas, Korbankan Seorang Warga Emas Sebaik Sahaja Tamat Kuarantin

- Advertisement -

WARGA emas yang difahamkan baru sahaja selesai menjalani kuarantin Covid19 dikatakan maut selepas van ambulans yang dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan Batu Balik, Pekan semalam.

Lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 79 itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam.

- Advertisement -

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata, nahas tersebut dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumahnya di Felda Chin sejurus selesai tempoh kuarantin di Hospital Pekan.

Difahamkan juga,  kejadian terbabas tersebut berlaku semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf. Pemandu ambulans dan jururawat yang berada di dalam van tersebut bagaimanapun, hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Menurut Kamarulzaman lagi, mangsa yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan tersebut mempunyai sakit lelah kronik dan telah menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat Covid19.

- Advertisement -

Apabila ajal sudah smpai tidak akan lewat dan terlebih walaupun sesaat. Semua kejadian hanyalah asbab semata-mata, semoga diredhai segala amalannya dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL