Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pemuda Ini Buat Netizen Seluruh Malaysia Menangis
spot_img

Pemuda Ini Buat Netizen Seluruh Malaysia Menangis

- Advertisement -

RINDU. Satu ayat yang kadangkala ia sangat mencengkam perasaan apatah lagi kerinduan pada orang tua. Rindu yang hanya dapat dititipkan doa kerana kehilangan orang yang paling bermakna dalam dunia iaitu Ibu.

Apatah lagi dengan pandemik yang melanda negara, membuatkan kita kadangkala rasa rindu pada orang tua kerana tidak dapat menziarahi mereka. Bahkan, sudah berbulan-bulan kita terpaksa menanggung kerinduan disebabkan Peringkat Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan seluruh Malaysia.

Bercerita tentang ibu, ibu merupakan insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa ibu maka akan suramlah kehidupan kita. Bagi kebanyakan orang yang masih mempunyai orang tua, hargailah mereka sebaik-baiknya.

- Advertisement -

Seperti cerita pemuda ini, walaupun ianya ringkas tetapi sangat mendalam maksudnya. Pengguna TikTok ini yang menggunakan nama sebagai Paksu Yash telah memuatnaik satu video dan meraih tontonan sebanyak 2.1juta penonton.

Video tersebut berkisar mengenai perjalanan dia menjaga ibunya sebelum ibunya disahkan meninggal dunia pada bulan lalu. Pemuda yang biasa dengan panggilan ‘Adik’ ini yang juga merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik adalah diantara anak yang paling rapat dengan ibunya.

Sebelum itu, dia juga telah memberitahu di beberapa video sebelumnya bahawa dia tidak dapat balik ke kampungnya kerana terkesan dengan pemergian ibunya.

- Advertisement -

Namun selepas sebulan berlalu, dia kembali ke kampung halamannya dengan harapan dapat bertemu dengan ibunya di dalam rumah dan ia kelihatan seakan-akan terlupa bahawa ibunya telah tiada.

Diakhir video tersebut, lelaki ini menunjukkan ‘rumah baru’ ibunya itu adalah di sebuah tanah perkuburan yang difahamkan merupakan kubur ibunya dan itulah momen yang membuatkan para penonton terkesan sehingga menangis.

Dia juga mengatakan bahawa dia rindu akan ibunya dan rumah agak sunyi dan suram bila ketiadaan ibunya.

- Advertisement -

” Adik just nak cakap kat mak, adik rindu mak, rumah kita sunyi suram tanpa mak sekarang ni”.

Difahamkan juga, menerusi video terdahulu dia menyatakan bahawa dia juga telah kehilangan ayah kandungnya sejak 10 tahun yang lalu dan sekali lagi ibunya di ‘ambil’ akan tetapi beliau redho dengan pemergian ibunya.

Ikuti video dibawah:

@paksu..yashWalaupun sakit terubat rindu ku .. ##lovemymom ##balingkedah ##fyp ##alfatihah

♬ original sound – wanaefez

Rentetan daripada perkongsian video tersebut, menyebabkan ramai netizen yang mengalami nasib yang sama turut bersedih dan menangis kerana berada diposisi yang sama iaitu kehilangan orang tua.

Kelihatan juga ada yang memberikan doa serta kata-kata semangat untuk beliau.

Terdahulu, viral di media sosial apabila seorang pengguna TikTok memuatnaik video mengenai kehilangan ibunya yang disahkan meninggal dunia. Video tersebut menjadi viral sama ada di Facebook dan juga di TikTok.

Vido tersebut juga meraih sebanyak 19.3 komen, 284.9k likes dan 13.6k perkongsian.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL