spot_img

Sempena Kemerdekaan, Pemuda Ini Nyanyi Lagu Malaysia (Faizal Tahir) Menggunakan Bahasa Isyarat

- Advertisement -

LAGU Malaysia yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir sememangnya sangat sinonim dengan hari kemerdekaan. Setiap kali Hari Kebangsaan, lagu Faizal Tahir ini pasti akan dimainkan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan masyarakat serta memeriahkan lagi suasana kemerdekaan.

Bahkan, sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2021, lagu tersebut menjadi lebih istimewa apabila ia dinyanyikan menggunakan bahasa isyarat.

- Advertisement -

Ini sesuatu yang baru dan sangat unik kerana jarang sekali untuk kita dapat lihat pada masa kini malah, di Malaysia sendiri berkemungkinan tidak ada orang yang menyanyikan lagu menggunakan bahasa isyarat.

Apa yang menariknya tentang video yang telah dimuatnaik di saluran YouTube ini cuma memakan masa 2 hari sahaja untuk menyiapkan kedua-dua video tersebut.

Malah ia turut ‘dinyanyikan’ oleh beberapa orang yang sebenarnya tidak ada masalah pendengaran (pekak) tetapi merupakan pelajar yang telah mempelajari bahasa Isyarat dengan guru mereka iaitu Mohd Armi Bin Rusli.

- Advertisement -

Mohd Armi 38 tahun, yang lebih gemar dipanggil dengan panggilan Cikgu Armi merupakan seorang guru yang mengajar bahasa isyarat kepada orang ramai yang berminat mempelajari. Namun, mengikut keterangannya, beliau boleh bercakap tetapi kurang jelas dan perlu menggunakan alat pendengaran telinga untuk mendengar dengan lebih baik. Oleh disebabkan itu, dia mahir menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan sehariannya.

Beliau yang berasal daripada Kota Bahru Kelantan tetapi menetap di Semenyih  menambah, disebabkan terlalu bosan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka tercetuslah idea untuk membuat satu projek yang dinamakan sebagai SignOn.

- Advertisement -

“Saya terfikir nak buat sebab merdeka kali ini betul betul buat kami bosan dengan PKP. “

Projek SignOn ini difahamkan merupakan projek kemerdekaan dan ia melibatkan para pelajar yang belajar bahasa isyarat dengan beliau dengan tujuan menyampaikan semangat patriotik kepada orang ramai terutamanya kepada orang-orang yang pekak dengan kaedah penggunaan bahasa isyarat.

“Projek SignOn untuk kali ini untuk hari merdeka. Kami buat lagu dalam Bahasa Isyarat. Lagu Malaysia – Faizal Tahir. Dengan harapan kita dapat sampaikan semangat cintakan negara kepada orang awam dan juga orang Pekak dengan menggunakan bahasa isyarat.”,

Menurutnya lagi, dia menubuhkan projek yang diberikan nama SignOn dengan tema Kemerdekaan dan meminta pelajar-pelajarnya sendiri yang telah tamat pembelajaran di kelas beliau untuk turut menyertai dengan menyanyikan lagu tersebut tetapi menggunakan bahasa isyarat. Ia sungguh menarik bukan ?

Tonton video penuh dibawah:

Tambahnya lagi, semasa pembikinan video tersebut, beliau berhasrat agar penggunaan bahasa isyarat ini lebih meluas lagi dikalangan masyarakat kerana ia sangat membantu untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang pekak.

Dia juga menambah, untuk belajar bahasa isyarat tidaklah sesukar apa yang difikirkan malah ia akan menjadi lebih seronok sekiranya dapat berbicara menggunakan bahasa isyarat dengan orang-orang pekak.

Turut difahamkan, beliau juga menyediakan kelas-kelas belajar bahasa isyarat malah beliau sendiri telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bermula 2013 sehingga kini dan mempunyai hampir 150 pelajar yang rata-ratanya adalah orang yang tidak mempunyai masalah pendengaran tetapi berminat untuk belajar bahasa isyarat.

Beliau turut bertanggapan bahawa, bahasa isyarat ini merupakan bahasa ‘Keluarga Malaysia’ dimana ia menghimpunkan semua bahasa bangsa di dalam satu bahasa isyarat yang sama.

“Bahasa Isyarat ni unik. Tak kisah jika anda menggunakan bahasa Melayu ke Cina ke Mandarin ke India Tamil ke Bahasa lain ke, Bahasa Isyarat merupakan satu Simbol yang sama”.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL