spot_img

Walaupun Kelihatan Sederhana, Rumah Nobita Sebenarnya Bernilai RM2 Juta Di Dunia Nyata

- Advertisement -

HAMPIR semua rakyat Malaysia dibesarkan dengan siri Doraemon yang sering bermain di layar tv sewaktu cuti hujung minggu. Kita dihidangkan dengan telatah Nobita, seorang lelaki berkacamata yang hidupnya ditemani kucing robot dari abad ke-22, iaitu Doraemon.

Sekiranya anda adalah peminat kartun Doraemon, anda pasti sudah terbiasa dengan selok belok kehidupan mereka, termasuk dengan tempat tinggal Nobita dan Doraemon.

Rumah Nobita sering dipotretkan dengan ‘mood’ yang sederhana, mempunyai 2 tingkat dengan ruang tamu, bahagian dapur dan bilik Nobita yang direka dengan konsep minimalis.

- Advertisement -

Tahukah anda, walaupun kartun ini dibuat pada tahun 1962, tetapi rumah ini masih dianggap mahal pada zaman sekarang dengan nilai rumah Nobita 70 juta yen bersamaan dengan RM2 juta.

Di dalam satu ciapan yang ditulis oleh seorang penulis novel Jepun, SOW, di akaun Twitter miliknya, @sow_LIBRA11. Dia membuat bebenang khas yang mengandungi pengiraan harga rumah yang terdapat di dalam anime Jepun.

- Advertisement -

“Untuk tahun 70-an, rumah keluarga Nobi dianggap sebagai ‘rumah biasa’. Rumah dua tingkat yang terletak di Nerima Ward, Tokyo, yang harganya sekitar 70 juta yen. Jumlah pembayaran pinjaman adalah sekitar 200 ribu yen sebulan. Bapa Nobita tentu mempunyai gaji yang tinggi.”

“Mungkin anda akan berkata, ‘bukankah mereka menyewa rumah itu?’ berdasarkan harga pasaran, rumah jenis ini mungkin disewa dengan harga 160 ribu per yen [RM6,407],” kata SOW.

Bukan hanya rumah Nobita, SOW juga membuat pengiraan rumah keluarga Sazae-san yang sudah “berdiri” sejak tahun 1946 dengan harga mencecah 150 juta yen atau RM60 juta. Kemudian rumah Usagi Tsukino, Sailor Moon, harganya lebih tinggi pada 450 juta yen atau RM18 juta.

- Advertisement -

Dan yang terakhir, rumah keluarga Nohara aka Shin chan, yang harganya 20 juta yen atau RM800,000.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL