spot_img

Dina Sanichar “Tarzan” Versi Sebenar Yang Dibesarkan Oleh Sekumpulan Serigala

- Advertisement -

MUNGKIN ada sesetengah daripada kita yang membesar dengan cerita Tarzan, sebuah karakter fiksi yang dibesarkan di dalam hutan oleh binatang atau mungkin sebahagian dari kita pernah membaca tentang Mowgli, karakter dari karya terkenal Rudyard Kipling, The Jungle Book.

Namun, tahukah anda bahawa kisah Tarzan atau Mowgli adalah benar dan pernah terjadi beratus tahun dahulu.

- Advertisement -

Semuanya bermula pada tahun 1872, seorang lelaki yang bernama Dina Sanichar atau budak serigala India telah ditemui oleh sekumpulan pemburu di Uttar Pradesh. Ketika ditemui, dia dilaporkan sedang berjalan bersama-sama dengan sekumpulan serigala.

Dia yang hidup pada abad ke-19 dan dibesarkan oleh sekumpulan serigala dikatakan adalah inspirasi disebalik terbitnya karya The Jungle Book. Selain itu, kes yang terjadi kepada Sanichar sebenarnya dianggap normal kerana di India, mereka mempunyai sejarah yang panjang mengenai kanak-kanak yang dibesarkan oleh binatang.

- Advertisement -

Ketika di bawa keluar dari hutan tersebut, Sanichar terus di bawa ke rumah anak yatim di mana dia dibaptis dan diberi nama Sanichar, yang membawa erti ‘Sabtu’ dalam bahasa Urdu. Namanya menjadi simbolik kerana pada hari Sabtu itulah dia tiba di rumah anak yatim tersebut.

Ketika di rumah anak yatim, Sanichar bergelut untuk menyesuaikan diri. Dia dianggap bodoh dan memiliki IQ yang sangat rendah. Father Erhardt, ketua rumah anak yatim, menyatakan bahawa anak lelaki itu bodoh dan lembab. Dia juga dilaporkan tidak pernah belajar untuk bercakap. Walaupun terdapat usaha untuk mengajarnya, dia tidak pernah berjaya untuk bercakap, membaca atau menulis.

- Advertisement -

Dia juga dikatakan berkomunikasi dengan membuat suara binatang dan berjalan dengan cara merangkak seperti seekor binatang. Walaupun Sanichar akhirnya berjaya untuk berjalan seperti seorang manusia normal, dia dilaporkan masih bergelut untuk memakai baju dan lebih suka berbogel. Selain itu, ketika pertama kali tiba di rumah anak yatim, dia enggan makan makanan yang dimasak dan akan mengasah giginya dengan menggunakan tulang.

Cubaan untuk mengubah Sanichar sebenarnya tidak berjaya, walaupun setelah 10 tahun hidup di kalangan manusia, dia masih lagi bersikap cemas dan gelisah. Tingginya pula hampir lima kaki, mempunyai gigi yang sangat besar dan dahi yang rendah.

Setelah menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya dengan binatang atau lebih tepat adalah serigala, dia pasti terasa seperti makhluk asing yang bingung setelah dipaksa berpisah dari tempat atau hutan yang dia pernah gelar sebagai rumah.

Dina Sanichar akhirnya meninggal pada tahun 1895 akibat batuk kering ketika dia berumur 29 tahun.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL