spot_img

Ejen Hartanah Di Dakwa Naikkan Sewa Sesuka Hati

- Advertisement -

PADA waktu ini, bukanlah semua orang mampu untuk membeli rumah dan memilih untuk menyewa terlebih dahulu sebelum menunggu kewangan stabil.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @malissaali telah berkongsi situasi dirinya dan suami apabila ejen hartanah menaikkan sewa secara tiba-tiba sebelum berpindah ke rumah sewa barunya itu walaupun telah tandatangan surat tawaran dan buat bayaran deposit.

- Advertisement -

Malissa mengatakan bahawa 7 hari sebelum hari pindah rumah baru, ejen hartanah yang dikenali sebagai Jonas Tong itu menaikkan harga sewa. Jika Malissa masih mahu menyewa perlu membayar lebih terutama sekali ada penyewa lain sanggup membayar lebih RM200 daripada harga asal yang ditawarkan.

Difahamkan, Malissa dan suami telah membayar RM1,500 kepada ejen hartanah tersebut dan mendapatkan kembali wang pendahuluan itu selepas mengugut mahu membuat laporan polis.

- Advertisement -

Tambahnya, pihaknya juga mengalami kerugian kerana perlu membayar kos perkhidmatan interior design dan kos kitchen cabinet yang sudah dibuat mengikut ukuran rumah.

Lantaran itu, Malissa dan suami terpaksa tinggal bersama keluarga mertua buat sementara waktu sehingga jumpa rumah sewa lain. Bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh Malissa dan suami, beberapa pemilik rumah di kawasan kejiranan itu telah menghubungi pemilik rumah itu.

- Advertisement -

Alangkah terkejutnya apabila pemilik rumah tidak tahu akan isu tersebut dan mengatakan ejen hartanah itu bukanlah ejennya. Malah, pemilik rumah juga mengatakan rumah terbabit masih tiada yang sewa.

Malah, ada wakil daripada syarikat ejen terbabit telah menghubunginya untuk memberikan ganti rugi selepas orang ramai complained kepada syarikat itu. Malissa menasihati orang ramai agar berhati-hati dan pastikan pemilik rumah ada ketika tandatangan perjanjian agar tidak berlaku hal seperti yang dialaminya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL