spot_img

Lelaki Langgar Dan Gilis Teman Wanita Semata-mata Mahu Lari Dari Polis

- Advertisement -

SEORANG lelaki yang disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri kereta dikatakan sanggup melanggar teman wanitanya dengan cara mengundurkan kereta sebelum bertindak melarikan diri.

Kejadian itu berlaku disebabkan lelaki terbabit panik dengan kehadiran polis yang menghampiri keretanya kerana dikatakan berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Annuar Yusoff berkata, ketika kejadian teman wanita suspek yang baru berusia 20 tahun itu sedang berada di belakang but kenderaan untuk mengambil barang.

- Advertisement -

Sejurus menyedari kehadiran polis, lelaki yang berusia lingkungan 32 tahun itu terus bertindak mengundurkan kenderaannya sehingga melanggar dan menggilis teman wanitanya.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 5 petang Khamis lalu di Cheras.

Menurut Annuar, pegawai polis berusaha untuk menghentikan kenderaan tersebut dengan memberikan amaran kepada suspek berkenaan supaya berhenti namun, suspek tersebut dikatakan terus memecut kereta untuk melepaskan diri daripada menjadi tahanan polis.

- Advertisement -

“Pegawai Polis melepaskan satu das tembakan tetapi lelaki berkenaan berjaya melarikan diri”.

Bagaimanapun, teman wanitanya hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans. Susulan kejadian, pada jam 7.50 malam tadi pasukan polis berjaya menahan suspek tersebut di Cyberjaya atas maklumat yang diberikan.

Suspek difahamkan membawa polis ke beberapa lokasi dan menemui sebanyak 11 kereta buatan tempatan yang dilaporkan hilang diantara 2019 sehingga kini yang difahamkan telah dicuri sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nilai rampasan membabitkan RM 130,000.

- Advertisement -

Selain itu, suspek juga difahamkan mencuri kenderaan untuk dijual di media sosial sebagai alat ganti kenderaan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah, manakala teman wanitanya mempunyai 3 rekod jenayah dan dadah”.

Kes disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL