spot_img

Reaksi Pekerja Pizza Hut Ini Bersabar Dengan Makian Pelanggan Raih Perhatian Wargamaya

- Advertisement -

CUSTOMER ALWAYS RIGHT” itulah ungkapan yang selalu kita dengarkan. Sudah pasti, ada segelintir individu yang sentiasa berasa diri mereka betul sebagai seorang pelanggan tanpa berfikir dahulu.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pelanggan merakam pekerja di Pizza Hut apabila tidak puas hati kerana tidak dapat membeli pizza yang dia mahu.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran Pizza Hut tidak dapat mengambil pesanannya. Malah, pekerja Pizza Hut tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar rosak menyebabkan restoran Pizza Hut itu tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan itu.

- Advertisement -

Situasi tegang dapat dilihat apabila pekerja Pizza Hut tersebut kelihatan sudah hilang sabar menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut yang tidak faham bahasa.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji sikap pekerja Pizza Hut yang cuba bersabar dan professional menjawab soalan daripada pelanggan tersebut. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan bukan senang untuk bersabar apabila soalan sama ditanya berkali-kali dan jawapan turut telah diberikan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Reaksi warga maya

“Aahhh mmg..dlm sejuta org mmg ada ni spesis mcmni 10 ke 20 org cenggitu. Yg mmg tak reti bahasa and nak dia je betul..bukan pempuan je tau, lelaki pun sama. Dah explain baik2 tp d teriakkan..huh baru je bulan lalu hadap manusia mcm ni.” – Mey Ela Mandua

- Advertisement -

“Aunty ni sebenar nya dia kekurangan kasih syg dari suami n anak2. Dia ada masalah jadi dia cuba bagi masalah pada org lain. Bagi je la dia bolot segala ‘B’ seperti bodoh benak bangang bahalol bongok utk ahli2 keluarga dia.” – Apai Nismo

“Benda ni salah company la…mana orng atasan…tampil beri penjelasan..rsanya order anti ni dah masuk tu yang dia persoal sngat.” – Saiful Rizal

“Mana-mana branch manager sepatutnya ada dan letak satu board putih/hijau kat luar kedai macam pub-pub. Ada masalah tulis kat situ, dan bagi koordinate ke branch lain. Customer memang macam gitu, viral dan hantar ke top management. Dia ingat saham dia memang paling besar dia boleh buat sesuka hati.” – Pep Achim

- Advertisement -

“taktik biasa..diorang rakam kemudian provoke suruh kita naik darah..kemudian play victim card..last tunjuk kad OKU.” – Hakuna Matata

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL