spot_img

Syaki Isteri Curang, Suami Jahit Kemaluan Guna Benang Logam

- Advertisement -

SEORANG lelaki bertindak ‘gila’ selepas mengesyaki isterinya tidur dengan lelaki lain dengan membuat serangan menjahit kemaluan isterinya dalam usaha untuk membalas dendam.

Dalam kejadian yang membingungkan itu, bagaimanapun wanita tersebut merayu kepada pihak polis agar tidak menangkap suaminya walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang kesakitan dan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Serangan yang menjijikkan itu difahamkan berlaku di Madhya Pradesh, India bahkan ia juga dikatakan bukan kes pertama yang berlaku pada tahun ini.

- Advertisement -

Laporan juga mengatakan wanita tersebut kini dirawat di sebuah hospital di Wilayah Singrauli. Doktor yang memeriksa juga sudah mengesahkan serangan tersebut.

Penolong Penguasa Polis di Singrauli menjelaskan bahawa kes telah diajukan terhadap tertuduh setelah isterinya melaporkan kejadian itu dan suspek tersebut masih dalam pelarian polis ketika ini.

- Advertisement -

Dalam pada itu, wanita terbabit juga meminta pihak berwajib untuk bersikap timbang rasa dengan suaminya itu walaupun telah mendatangkan kecederaan serius terhadap dirinya.

Polis turut memaklumkan dia meminta mereka agar memarahi serta menakutkannya agar tidak melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian sama juga dilaporkan pada Mac tahun ini di India, apabila seorang lelaki berusia 25 tahun dituduh menjahit kemaluan isterinya menggunakan benang logam di Uttar Pradesh. Ia juga berlaku setelah lelaki tersebut mengesyaki isterinya curang.

- Advertisement -

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Rakesh. mengikat tangan dan kaki isterinya yang berusia 22 tahun sebelum melakukan serangan menjijikkan itu. Dia kemudian dikatakan melarikan diri dan meninggalkan isterinya berlumuran darah.

“Walaupun setelah isterinya mengatakan tidak, dia bertindak memukul isterinya kerana mengesyaki dia curang. Kemudian dia menjahit vagina isterinya dengan benang logam dan melarikan diri,” kata polis.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL