Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Alasan Filem Persilatan Syahadan Ditolak Oleh Stesen TV Berbayar Kerana "Real Dan Ganas"?
spot_img

Alasan Filem Persilatan Syahadan Ditolak Oleh Stesen TV Berbayar Kerana “Real Dan Ganas”?

- Advertisement -

SEBELUM ini, berlaku konflik apabila pengarah tidak dapat menerima kritikan filemnya kurang berkualiti sehingga membuat laporan SKMM. Berbeza pula dengan berita yang tular baru-baru ini apabila filem yang didakwa berkualiti tidak dibenarkan tayangannya di sebuah stesen TV berbayar.

Hal ini disuarakan oleh mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Syahadan itu sendiri. Menerusi perkongsian tersebut, filem terbabit dikatakan ditolak untuk penayangan di stesen TV berbayar kerana diklasifikasikan sebagai 18SG dan tidak sesuai untuk ditayangkan.

- Advertisement -

Lantaran itu, isu tersebut telah mendapat perhatian ramai terutama sekali penggemar filem tempatan yang sudah lama menantikan karya berkualiti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kecewa kerana tidak dapat menyaksikan filem tersebut ditayangkan sedangkan sudah lama menantikan ia.

Mana tidaknya, filem aksi tersebut turut dibintangi oleh pesilat negara, Muhammad Al-Jufferi Jamari yang pernah memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali. Malah, para netizen turut memberikan cadangan agar filem ini cuba nasib agar boleh ditayangkan di Netflix.

Untuk pengetahuan anda, filem ini mengetengahkan aspek budaya pengamal ilmu Silat yang merangkumi falsafah hidup, adab, adat, aksi tempur, permainan senjata dan juga latihan berkaitan Silat. Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar.

- Advertisement -

Lalu, ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan. Maka bermulalah pelbagai cabaran yang ditempuh oleh Omar mempelajari ilmu Silat dan berdepan dengan kumpulan penjahat. Adakah anda mahu menonton filem penuh aksi ini jika ia ditayangkan?

Reaksi warga maya

Trailer Syahadan

- Advertisement -

Sumber dari Facebook:

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL