spot_img

Dalang Kartel Projek Kerajaan Bakal Menginap Di Penjara Selama 483 Tahun

- Advertisement -

SEORANG dalang ketua sindiket kartel projek kerajaan yang juga mempunyai gelaran Dato’ bakal berdepan sehingga 483 tahun di penjara selepas didakwa di mahkamah Seksyen pada Rabu lepas.

Menurut laporan, difahamkan Adly Kamaruddin didakwa atas kesalahan memonopoli projek-projek kerajaan menerusi tender atau sebut harga yang bernilai lebih RM3.8 billion itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 69 pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Rozilah Saleh.

- Advertisement -

Bagaimanapun Adly kelihatan tenang ketika prosiding pembacaan pertuduhan pada jam 10.20 pagi Rabu.

Dalang sindiket kartel yang berusia 47 tahun itu juga didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan orang pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

- Advertisement -

Projek itu termasuklah projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong, Pahang.

Adly bagaimanapun didakwa melakukan sindiket tersebut bermula Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo di Bandar Baru Bangi.

Justeru, kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan bagi semua pertuduhan.

- Advertisement -

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Arkam Gharib menawarkan wang jaminan sebanyak RM500 ribu dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu perlu hadir melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan. Manakala, pasportnya juga diserahkan ke mahkamah.

Terdahulu, serbuan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April lalu telah menemukan wang tunai kira-kira RM3.5 juta di kediamannya beserta beberapa kenderaan mewah yang bernilai hampir RM15.7 juta.

SPRM difahamkan bertindak menyita kesemua nilai hartanah banglo, rumah kedai dan pejabat yang bernilai RM29 juta selepas mendapati kemewahan yang ditunjukkan oleh ketua sindiket ini amat luar biasa.

Tambahan lain, selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang berjuta-juta,  suspek juga dikatakan memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua buah helikopter.

Kumpulan kartel ini difahamkan menggunakan modus operandi dengan membuka lebih 150 buah syarikat dengan dibekalkan seorang individu yang bertindak sebagai pengarah syarikat untuk menjalankan perniagaan.

Dinyatakan juga, gaji yang dibayar kepada individu tersebut adalah antara RM5,000.00 hingga RM8,000.00 yang mana kesemua syarikat sebenarnya dimiliki oleh suspek.

Selain itu juga, dipercayai seramai 114 nama telah digunakan sebagai ‘keldai’ untuk membuka lebih 150 syarikat yang dipercayai digunakan di dalam projek tersebut.

Hasil siasatan SPRM juga melaporkan hampir kesemua syarikat yang digunakan untuk projek tersebut menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek kerajaan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL