spot_img

Guru Cipta Rekaan Inovasi Bantu Anak Murid OKU, Netizen Bangga

- Advertisement -

SEKOLAH pendidikan khas merupakan satu sekolah yang menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran.

Cabaran guru mengajar di sekolah ini sangatlah tinggi malah cikgu tersebut perlulah mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

Bukan itu sahaja, cikgu juga dikatakan perlu bertindak lebih kreatif dari segi pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid tersebut adalah anak-anak yang istimewa dan mempunyai masalah keupayaan.

- Advertisement -

Disebabkan itu, maka lahirlah seorang insan yang sebelum ini jarang dihebohkan malah tidak ramai yang tahu betapa hebatnya mereka dalam mendidik anak-anak istimewa ini supaya boleh berjaya dan berdikari di masa hadapan.

Menerusi video yang dipaparkan, seorang guru yang mesra di panggil Cikgu Azam telah mencipta satu alat khas untuk anak muridnya iaitu Alisya yang mengalami masalah penglihatan atau buta agar turut serta dalam acara larian sejauh 5 Kilometer (KM).

Cikgu Azam ini juga dilihat telah melatih anak muridnya menggunakan alat tersebut sebelum acara larian dijalankan. Kelihatan juga anak muridnya yang dikatakan buta itu, memegang alat tersebut sambil didorong dan diawasi oleh guru berkenaan.

Ikuti video penuh dibawah:

@cguazamThis is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu♬ original sound – HRC IWAN🇮🇩 – IWAN🇮🇩
- Advertisement -

Tidak dapat dipastikan sekolah khas ini dimana, akan tetapi inovasi yang dilakukan oleh guru ini sangat mengagumkan malah ia sebenarnya memberikan inspirasi kepada orang ramai.

Kongsinya lagi, ciptaan inovasi ini di buat khas untuk anak muridnya yang buta iaitu Alisya agar ia dapat membantunya dalam acara larian dan mereka juga difahamkan berjaya menghabiskan acara larian sejauh 5 KM.

- Advertisement -

Bahkan terdapat juga seorang guru lain yang sama membantu anak murid tersebut mendorong secara bergilir-gilir sehinggalah kegarisan penamat.

Beliau juga menyatakan, konsep yang dibawakan sama seperti troli di pasaraya malah Alisya juga dikatakan seronok kerana tidak perlu lagi memegang bahu atau memegang tali terutama waktu berlari. Beliau juga menamakan ciptaan yang ini sebagai ‘Running Aids For The Blind’.
 

 

@cguazamRamai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.♬ original sound – K H A I

Reka cipta inovasi yang diasaskan oleh Cikgu Azam ini juga dilihat sebagai sesuatu yang flexible dan mudah dikendalikan malah ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan agar murid tersebut sentiasa terjamin keselamatannya.

Strukturnya juga hanya menggunakan batang paip serta roda kecil untuk memudahkan pergerakan malah ia juga boleh dikatakan mesra pengguna bagi orang-orang yang buta. Bagi menyerikan lagi alat tersebut, mereka mewarnakan dengan tema warna hitam dan oren dan beberapa biji belon untuk memeriahkan suasana.

@cguazamBalas kepada @damiabakery Rasa sangat bersalah pa bila ramai yg menangis.xberniat nk buat mcm tu.maaf..cikgu kongsikan video yg ceria sikit♬ bunyi asal – Cikgu Azam

Video tersebut sehingga kini mendapat 521.3k penonton bahkan rata-rata mereka memberikan komen yang sangat memberangsangkan.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL