spot_img

Rempuh Sekatan PKPD, Proton Iswara Langgar Khemah SJR

- Advertisement -

DALAM usaha kerajaan membendung jangkitan Covid19, difahamkan beberapa lokasi di Tumpat Kelantan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) antaranya Kampung Talak, Chalang Empat.

PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid19 di daerah setempat. Manakala di setiap pintu masuk lokasi juga ditempatkan beberapa anggota polis dan Rela bagi mengawal pergerakan keluar masuk kenderaan.

Tetapi lain pula jadinya apabila tular di media sosial dikatakan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara telah merempuh sekatan PKPD dengan melanggar khemah Sekatan Jalan Raya (SJR).

- Advertisement -

Detik cemas itu berlaku lebih kurang jam 11.45 semalam. Polis yang sedang bertugas dikatakan bertindak melarikan diri untuk mengelakkan rempuhan. Namun pemandu tersebut difahamkan berjaya meloloskan diri daripada tangkapan.

Ketika kejadian juga, difahamkan seorang anggota polis bersama Ikatan Relawan Malaysia (Rela) sedang bertugas semasa rempuhan tersebut.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pemandu Proton Iswara hitam terbabit kemudiannya memecut dari lokasi.

“Secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Iswara datang dan bertindak merempuh khemah SJR. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri secara mengundurkan kenderaan dan pengadu anggota polis cuba bertindak mengejar.”

“Anggota kami mengejar namun pemandu terbabit dapat meloloskan diri”.

- Advertisement -

Bagaimanapun, polis berkata anggota mereka sempat merekod nombor pendaftaran kereta tersebut sebelum dia bertindak melarikan diri.

Ab Rashid juga berkata, tiada anggota yang dilaporkan cedera akibat rempuhan, namun terdapat beberapa barangan rosak serta berselerak.

“Dalam kejadian ini, anggota bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya barang-barang di bawah khemah saja mengalami kerosakkan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya masih mengesan pemandu kereta terbabit serta mengenal pasti sama ada dia penduduk dalam lokaliti PKPD itu atau sebaliknya.

Pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha mengesan pemandu terbabit.

“Kes di siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL