spot_img

(Video) #ꜱᴀᴠᴇᴀɴʜᴀʀ, Wanita ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ Sedang Sarat Mengandung Bakal Melahirkan Anak Sendirian Di Dalam Penjara ɪꜱʀᴀᴇʟ

- Advertisement -

SEPERTI yang kita tahu, ɪꜱʀᴀᴇʟ sememangnya ᴋᴇᴊᴀᴍ tidak kiralah penduduk mahupun ᴛᴇɴᴛᴇʀᴀ.

Terbaru, seorang wanita ᴘᴀʟᴇꜱᴛɪɴ iaitu ᴀɴʜᴀʀ ᴀʟ-ᴅᴇᴇᴋ yang menjadi tahanan di ɪꜱʀᴀᴇʟ kini menderita sarat hamil sembilan bulan dan dijangka melahirkan bayi keduanya di dalam ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ.

- Advertisement -

Keluarga wanita itu membuat rayuan kepada badan antarabangsa supaya masuk campur bagi membolehkan ᴀɴʜᴀʀ, ibu muda berusia 25 tahun ini melahirkan anak di luar ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ. Namun di faham pihak mahkamah ɪꜱʀᴀᴇʟ telah menolak rayuan tersebut.

Wanita yang berasal dari pekan ᴋᴀꜰʀ ɴɪ’ᴍᴀ, barat ʀᴀᴍᴀʟʟᴀʜ, telah mengirimkan sepucuk surat kepada suaminya supaya badan hak asasi manusia dapat mengambil tindakan terhadap tindakan ᴘᴇᴍᴇɴᴊᴀʀᴀᴀɴɴʏᴀ.

- Advertisement -

Dia mengadu bahawa dirinya amat tertekan di tambah lagi berada dalam situasi sekelilingnya yang serba daif.

“Apa yang boleh saya buat jika melahirkan bayi ini tanpa kamu (suami) di sisi, dan dalam keadaan ʙᴇʀɢᴀʀɪ?

- Advertisement -

“Tangan saya ʙᴇʀɢᴀʀɪ dan anda tahu kesukaran melahirkan anak dengan kaedah ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ᴄᴀᴇꜱᴀʀᴇᴀɴ di luar ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ. Bagaimana saya perlu lalui peristiwa ini sedangkan saya berseorangan di dalam ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ,” luahnya.

“Saya penat dengan kesakitan yang dialami. Saya sakit di bahagian pinggul dan kaki. Saya tidak tahu apa langkah seterusnya selepas ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ itu. Bagaimana tidur saya selepas ini, lebih-lebih lagi ketika petugas ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ memegang lengan saya dengan jijik?

“Bagaimana saya boleh lindungi bayi itu nanti daripada mereka (petugas ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ) yang menakutkan?

“Saya rayu semua orang untuk bertindak, walaupun dengan sepatah perkataan!”

Menurut ibu ᴀɴʜᴀʀ, anak sulungnya sering memanggil wanita lain sebagai ibu sepanjang ketiadaannya kerana terlalu rindu. Malah ᴀɴʜᴀʀ juga dimaklumkan mengalami masalah psikologi yang serius dan memerlukan rawatan yang segera.

Difahamkan, ɪꜱʀᴀᴇʟ yang ᴢᴀʟɪᴍ ini juga tidak membenarkan mereka bertemu, bahkan suaminya hanya dibenarkan sekali melawat isterinya sepanjang berada dalam ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ.

ᴀɴʜᴀʀ hanya dapat mendengar suara anaknya melalui rakaman yang dihantar keluarganya ke stesen radio. Bahkan dia juga mengatakan bahawa dia sangat rindukan anaknya iaitu Julia.

Penderitaan yang dialami wanita ini mendapat perhatian netizen di seluruh dunia dengan tanda pagar #ꜱᴀᴠᴇᴀɴʜᴀʀ.

ᴀɴʜᴀʀ tidak pernah dibicarakan sejak ditahan pada 8 Mac lalu atas sebab yang tidak munasabah. Dia ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ cuba melakukan ꜱᴇʀᴀɴɢᴀɴ ᴛɪᴋᴀᴍᴀɴ di sebuah penempatan ɪꜱʀᴀᴇʟ yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya.

Pejuang hak asasi manusia sehingga kini masih giat berkempen mendesak pembebasan ᴀɴʜᴀʀ segera bagi membolehkannya menjalani prosedur kelahiran dengan selamat.

Suasana tunjuk perasaan di hadapan ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ ᴅᴀᴍᴏᴏɴ untuk menuntut pembebasan tahanan ᴀɴʜᴀʀ ᴀʟ-ᴅᴇᴇᴋ sebelum beliau melahirkan anaknya.

Mohon para pembaca menggunakan #ꜱᴀᴠᴇᴀɴʜᴀʀ bagi menyokong solidariti kepada ᴀɴʜᴀʀ.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL