spot_img

Dubai Dijangka Bina Menara Tergantung Di Langit Seperti “Upside Down”

- Advertisement -

PADA ketika ini, Burj Khalifa yang terletak di Dubai merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dan menjadi simbolik kepada negara tersebut.

Terbaharu, Dubai dikatakan bakal bina bangunan pencakar langit terapung pula dan akan menjadikan ia bangunan terapung pertama di dunia. Difahamkan, rekaan bangunan tersebut yang dikenali sebagai Menara Analemma diperkenalkan oleh sebuah syarikat arkitek di New York, Clouds AO, sekitar lima tahun lalu.

Ilustrasi lukisan Analemma Tower.

Menjadi keunikan menara ini apabila bangunan ini akan digantung pada sebuah asteroid dan bukannya dibina di atas tanah seperti bangunan biasa. Untuk pengetahuan anda, NASA menjadualkan misi penangkapan asteroid dan dijangka pada tahun ini.

- Advertisement -

Selepas Agensi Ruang Angkasa Eropah berjaya membuktikan kebolehan mendarat di atas komet bergerak pada tahun 2015, maka hal ini dirasakan tidak mustahil untuk dilakukan mereka. Malah, bangunan tergantung di asteroid ini akan berputar dalam bentuk angka lapan setiap hari dan akan kembali ke tempat asal di Dubai.

Bukan itu sahaja, Menara Analemma ini akan dilengkapi ruang untuk pelbagai aktiviti daripada ruang pejabat, tempat tinggal dan banyak lagi. Pastinya pembinaan bangunan pencakar langit ini akan memakan kos yang amat tinggi. Akan tetapi, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut tentang pembangunan projek Menara Analemma ini.

Ilustrasi lukisan Analemma Tower.

Reaksi warga maya

“Ingat kerajaan langit ada kat one piece je, dubai pon nak jugak kerajaan langit. pengaruh one piece kuat sgat ni.” – Anne Dzeko.

- Advertisement -

“Nanti ada masalah alamat surat menyurat, harini bangunan dkt dubai, esok lusa dkt new york pulak, penat abg posman cari bangunan.” – Abdul Halim.

“Graviti akan tarik Bangunan tu ke bawah skali bersama asteroid dan jatuh ke ladang gandum maka jadilah koko crunch.” – Nur Syafiq Amran.

“Pertama aku fikir, berapa kos pembinaan. Jauh tu tmpt nk gantung batu tu. Kedua aku fikir mcm mana nk smp kemenara tu? Ada perkhidmatan kapal terbang ke? Sky lift ke? Ketiga berapa kos maintainance. Keempat tujuan pembinaan bangunan ni untuk apa? Kelima kata nya bangunan ni blh bergerak2 so mcm mna dgn laluan udara? Terganggu tak?” – Nor Faizah Aziz.

Ilustrasi lukisan Analemma Tower.
Ilustrasi lukisan Analemma Tower.
- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL