spot_img

Guru Enggan Vaksin Tidak Dibenarkan Mengajar

- Advertisement -

TERBARU, guru yang enggan menerima vaksin bagi mengekang penularan Covid19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka berikutan pembukaan sekolah pada bulan hadapan.

Datuk  Dr Radzi Jidin yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 2500 guru yang enggan menerima vaksin ketika ini dan pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bagi dengan mereka.

“Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar.”

- Advertisement -

Beliau menambah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan mengeluarkan satu garis panduan tugasan guru yang tidak divaksin ini dan pada masa yang sama akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil berkenaan masalah tersebut.

Tambahnya lagi, tindakan itu diambil berikutan keadaan semasa terutamanya menjelang pembukaan sekolah kelak.

“Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.

- Advertisement -

“Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan, namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi.”

Difahamkan juga, segala alasan yang diberikan akan diteliti satu persatu dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pusat Pendidikan Daerah ( PPD) untuk bertemu mereka dan menjelaskan mengenai keperluan vaksin tersebut.

Hal itu bertujuan untuk menjaga ekosistem keseluruhan sekolah tersebut bagi menjamin keselamatan murid-murid.

- Advertisement -

Beliau berkata lagi, sehingga kini sebanyak 85.26 peratus guru di negara ini telah pun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, sementara sebanyak 96.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin.

Bagaimanapun, kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan juga perlu divaksinkan, dan telah mengeluarkan makluman bahawa mereka yang berada di kawasan sekolah mesti divaksin.

“Terdapat 73.71 peratus kakitangan perkhidmatan sokongan yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35 peratus lagi menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.

Radzi berkata, sesi pengajaran sewaktu pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran yang dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

“Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti,” katanya.

Sementara itu, Perlis menjadi negeri pertama jelajah Sesi Libat Urus Guru dengan Menteri Kanan Pendidikan yang akan diikuti negeri lain selepas ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL