spot_img

Kisah Disebalik Amoi ‘Pijahat’ Kampar

- Advertisement -

TULAR dimedia sosial kelmarin apabila dikatakan seorang wanita datang ke restoran terbabit untuk membuat pesanan akan tetapi beliau bagaimanapun berulang kali tanya soalan yang sama.

Kemudian salah seorang daripada pekerja restoran itu kemudian datang ke kaunter untuk menjelaskan kepadanya bahawa mereka tidak dapat membuat piza pada hari berkenaan berikutan oven mereka rosak akibat disambar petir.

Namun wanita berkenaan masih tidak ingin menerima alasan tersebut dan berkeras mahu memesan piza dengan cara menengking-nengking dan bertanya bermacam-macam soalan yang tidak masuk akal sehingga membuatkan pekerja restoran tersebut itu kelihatan agak tertekan.

- Advertisement -

Difahamkan juga, wanita tersebut mengambil video dalam kejadian berkenaan dan dikatakan tular di media sosial kerana tindakannya itu.

Menurut Facebook Salahudin Ismail, dia membuat satu penyelidikan di Facebook wanita terbabit yang menggunakan nama Aminah Abdullah atau nama sebenarnya Dr Chuah Min Hooi.

- Advertisement -

Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Informasi dan Maklumat di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak.

Menurut Salahudin, di laman Facebook beliau, banyak di kongsikan foto makanan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja.

- Advertisement -

Ada juga dikongsikan beberapa gambar bersama bapa beliau sewaktu menerima ijazah, namun apa yang lebih menarik, wanita terbabit difahamkan turut berkongsi gambar di Facebook beliau dengan gambar yang ditandatangani oleh pemain badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Koo Kean Keat dan Kuan B Hoong.

Bagaimanapun,  ada beberapa status sedih dan beberapa gambar lain yang dimuatnaik naik menunjukkan foto muka beliau berdarah serta laporan polis yang mengatakan beliau dipukul oleh bapa beliau kerana membeli tiket wayang.

Ada juga satu laporan polis yang dimuatnaik mengatakan kereta beliau cuba diambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.

Tambahnya lagi, dari posting dan beberapa gambar yang dimuatnaik menunjukkan Dr. Chuah Min Hooi berkemungkinan beliau seorang pesakit Artritis atau kelainan upaya ( berpandukan keadaan fizikal beliau di dalam gambar).

Beliau juga menambah, banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.

“Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira ada yang berduka.. hanya mereka sendiri tahu apakah cerita duka yang terjadi dalam perjalanan hidup mereka.”

Dalam pada itu, beliau juga membuat pertanyaan persoalan iaitu ‘kenapa dia tukar nama dari Chuah Min Hooi ke Aminah Abdullah?’

Apa-apapun diharap agar tidak menghina dan melontarkan kata-kata yang tidak baik kerana setiap sisi manusia itu tersimpan satu cerita pahit.

Sumber : Salahuddin Ismail, Aminah Abdullah

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL