spot_img

Orang Korea Utara Yang Kelaparan Terpaksa Menculik Anak-Anak Keluarga Kaya, Tuntut Wang Tebusan Untuk Beli Makanan

- Advertisement -

WARGA Korea Utara yang kelaparan dikatakan terpaksa menculik anak-anak keluarga orang kaya dan menuntut wang tebusan untuk membeli makanan.

Menurut laporan Daily Mail, sekurang-kurangnya terdapat empat penculikan kanak-kanak telah dilaporkan dalam beberapa minggu terakhir ini yang ketika berjuang di bawah sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas rejim Kim Jong Un.

Kekurangan makanan, ubat-ubatan, bahan bakar, dan keperluan sehari-hari yang lain semakin teruk sejak Pyongyang menutup sepenuhnya sempadannya pada Januari 2020 dalam usaha mencegah Covid-19 memasuki negara tersebut.

- Advertisement -

Rejim itu difahamkan agak khuatir mengenai sistem penjagaan kesihatan negara yang kuno dan tidak lengkap tersebut akan runtuh sekiranya ia tersebar di kalangan penduduk.

Secara rasmi, tidak ada laporan kes Covid19 di negara itu walaupun bersempadan kira-kira 1,352 kilometer dengan China yang dikatakan sering dilalui oleh penyeludup.

Oleh itu, para pakar menganggap ia sangat mustahil jika virus itu tidak sampai ke Korea Utara walaupun ia telah menjadi negara pertama di dunia yang menutup sempadannya sebagai tindak balas terhadap penyebaran Covid19.

- Advertisement -

Bahkan pemerintah negara tersebut juga telah mengisyaratkan bahawa negaranya mungkin berada di ambang malapetaka.

Dia beranggapan situasi domestik ketika ini adalah sama dengan kejadian bencana kebuluran di Korea Utara selama 4 tahun yang berlaku pada pertengahan tahun 1990 itu juga disebut sebagai ‘hari paling teruk’.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga juta orang dianggarkan telah mati dalam tempoh kebuluran ini disebabkan oleh salah urus ekonomi yang kronik, keruntuhan sistem pengedaran makanan dan negara-negara komunis lain yang menghentikan bekalan bantuan.

- Advertisement -

Baru-baru ini juga, difahamkan terdapat laporan kelaparan di daerah terpencil di negara itu kerana industri dan pertanian sebahagian besarnya terhenti akibat kekurangan bahan bakar dan alat ganti.

Selain itu, terdapat juga laporan kes kecurian yang berleluasa melibatkan sebahagian besar anggota tentera yang difahamkan juga mengalami nasib yang sama iaitu kekurangan makanan.  Hal tersebut telah menyebabkan orang awam menjadi semakin terdesak.

Menurut Daily Mail juga, sekitar bulan lalu, seorang gadis berusia enam tahun hilang ketika bermain di tepi sungai di luar rumahnya di Songchon County, utara Pyongyang, lapor Radio Free.

“Dia diculik dan dijadikan sebagai tebusan oleh seorang lelaki berusia tiga puluhan yang tinggal di kampung yang jauh dari kampungnya,” kata sumber di Korea Utara.

“Penculik itu tahu keluarganya kaya bahkan mereka juga  mengetahui nombor telefon bimbit orang tuanya sebelum penculik berkenaan membawanya untuk mendapatkan wang tebusan.”

Sumber itu, yang tidak mahu dikenali, mengatakan bahawa penculik tersebut bertindak dengan mengurung gadis itu di sebuah bilik di rumahnya dan menuntut 500 won, sekitar Rm290 dari ibu bapanya.

Bagaimanapun, hasil siasatan dan pemeriksaan, polis dapat mengesan telefon yang digunakan lelaki itu dan berjaya menangkapnya. Manakala gadis tersebut berjaya diselamatkan serta dikembalikan kepada ibu bapanya.  Penculik itu dikatakan sedang menunggu hari perbicaraannya.

Satu lagi kes serupa berlaku yang dilaporkan oleh Radio Free Asia, dimana ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun ketika sedang dalam perjalanan di daerah  Yangdok Tengah.

Difahamkan, seorang lelaki, yang kelihatan berusia sekitar 40 tahun itu dikatakan memberhentikan motosikalnya kemudian menawarkan kanak-kanak tersebut dengan memberikan alasan mahu menghantarnya pulang.

Kanak-kanak itu kemudian menyedari dia telah diculik, akan tetapi dia berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada polis, seterusnya membawa kepada penangkapan lelaki  terbabit.

“Sepanjang siasatan polis, penculik terbabit mengaku bahawa dia meminjam motosikal rakannya untuk melakukan penculikan. Hasil siasatan juga dia berbuat sedemikian setelah menonton filem barat dengan menculik serta menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan.

Dia bagaimanapun berkata tindakannya itu adalah kerana dia tidak mempunyai makanan serta sedang menderita kelaparan.”

Selain itu, menurut Daily NK di Korea Utara, terdapat dua lagi kes penculikan kanak-kanak di Provinsi Ryangganh di sempadan Korea Utara dengan China.

Mengikut laporan, pada 12 Mei, seorang lelaki telah menculik seorang budak lelaki dari tadika di bandar Hyesan dan mengaku bahawa dia merupakan bapa kepada rakannya yang berusia 6 tahun.

Penculik terbabit dikatakan telah meminta wang tebusan sebanyak £600 iaitu lebih kurang RM3400 daripada ibunya akan tetapi beliau bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Sekali lagi pihak berkuasa dapat mengesan lelaki tersebut dan mangsa penculikan telah pun berjaya dibebaskan tanpa sebarang kecederaan walaupun hampir lapan jam diculik.

Sehingga Jun, polis difahamkan masih berusaha untuk mengenalpasti identiti  penculik tersebut menerusi beberapa keterangan yang diambil daripada kakitangan tadika kanak-kanak itu.

Namun, sekali lagi pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak. Mereka dikatakan berada dalam keadaan yang mencurigakan ketika hendak menaiki kereta api di stesen Hyesan. Bagaimanapun, ternyata bahawa kanak-kanak tersebut merupakan mangsa penculikan lelaki tersebut dan bercadang meminta wang tebusan daripada keluarganya.

Justeru itu, ibu bapa di sekitar daerah tersebut mula merasa bimbang dengan kes penculikan kanak-kanak yang semakin meningkat dan mereka juga beranggapan bahawa pada bila-bila masa sahaja berkemungkinan anak mereka akan diculik.

Berita mengenai Korea Utara yang sedang berhadapan masalah besar iaitu pembekalan makanan yang tidak mencukupi membuatkan rakyat mereka semakin terdesak telah pun tersebar luas sehinggakan pemimpin negara tersebut juga dikatakan mengalami penurunan berat badan yang ketara.

Kim Jong Un bagaimanapun telah melarang rakyatnya daripada mengulas tentang berat badannya apatah lagi mengenai kesihatannya.

Sehubungan itu, beliau juga sempat mengata bahawa dia ,’memakan lebih sedikit’ demi negaranya berhubung masalah kekurangan bekalan makanan. Akan tetapi, Pyongyang tetap mengatakan bahawa pemimpin mereka sihat seperti biasa.

Bahkan, dalam satu siaran di televisyen tempatan, salah seorang daripada rakyatnya berkata keadaan pemerintahnya yang kurus membuat hari rakyat hancur.

Bagaimanapun, para ahli pakar berpendapat bahawa beliau sengaja mengurangkan berat badan untuk meminta simpati daripada pihak luar berikutan negaranya sedang mengalami krisis pergolakan ekonomi yang serius akibat Covid19.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL